DhiaLova
Jangan terluka lagi, ni petanda si dia hanya nak buat korang sebagai ‘rebound’
INI sebuah kejujuran yang sedikit pahit. Tak semua orang betul-betul serius menjalinkan hubungannya dengan kita. Ada yang jenis menjalinkan hubungan disebabkan kecewa dengan pasangannya terdahulu. Jadi dia hanya mempergunakan kita untuk mengalihkan perhatian dan pandangannya untuk sementara.
Tak semua orang boleh move on dengan cepat. Memperlakukan seseorang untuk rebound adalah salah satu cara untuk melepaskan diri dari masa lalu. Menjadi mangsa dalam hubungan macam ni memang tak seronok langsung bahkan ia sebenarnya sebuah malapetaka.
Kalau kita bercinta dengan seseorang yang baru sahaja lepas kecewa. Korang kena ambil tahu bilakah mereka putus dari percintaannya yang lalu. Jika ia kurang setahun, maka ada kemungkinan mereka hanya mempergunakan korang sekadar rebound.
Kalau si dia memiliki beberapa ciri ini, besar kemungkinan dia tidaklah serius untuk bercinta dengan korang.
Tak nak cakap tentang masa depan
Bila nak sembang tentang masa depan, ada sahaja alasan. Selalu sangat mengelak. Ini kerana dia tak nampak akan bersama kita sampai masa depan pun sebab dia hanya anggap korang kekasih sementara.
Selalu nak berparti
Selalu sangat nak berseronok. Padahal dulu dia bukanlah jenis yang suka berseronok dan berparti sangat. Mungkin itu melakukan benda macam tu untuk melupakan kekasih yang sebelumnya.
Asyik cakap tentang bekas kekasih
Tak pasti kenapa mulut dia asyik nak sebut tentang kekasih lama dia. Ini kerana ia masih lagi menyimpan perasaan. Asyik bercakap tentang seseorang di masa lalu adalah bendera merah menyatakan dia masih ada perasaan pada hubungan lalu.
Mereka yang berada dalam situasi ini selalunya akan dilanda dua persoalan besar. Mereka akan tertanya-tanya apakah mereka telah melakukan hubungan yang tepat atau tidak.
Korang beterus-teranglah. Jangan pula tiba-tiba dia memutuskan hubungan dan kembali kepada bekas kekasih. Sementara korang menangis tak berlagu.





Komen Terkini