D-Life

Jangan terperangkap dalam depresi, jom cuba 3 cara ‘rehat’ ini

Oleh  | 

BERADA dalam dunia yang penuh dengan tekanan seringkali membuat kita kalah dengan perasaan. Ketika itulah kita berada dalam tekanan yang membuatkan kita berasa rendah diri dan tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Keluar daripada masalah depresi bukanlah sesuatu yang mudah. Kami memahaminya. Kami tak akan membiarkan korang menjalaninya seorang diri.

Antara yang boleh korang lakukan untuk mengelakkan diri daripada depresi iaitu dengan bersenam. Ini kerana semasa melakukan senaman, kita akan membebaskan hormon endorphin yang boleh membuat seseorang lebih bahagia dan membaiki mood.

via GIPHY

Selain itu, dengan bersenam juga korang dapat menepis fikiran-fikiran buruk yang boleh membuat korang depresi. Jadi, apa kata korang cuba 3 benda ini.

Jalan ke luar rumah

via GIPHY

Kalau dengar je perkataan bersenam, korang mesti akan ingat kena lari 7 meter atau main bola jaring. Sebenarnya, berjalan kaki pun dah dikira bersenam. Asalkan ia boleh membantu kita melepaskan hormon kartisol atau stres. Warna-warna, suara dan bau yang kita jumpa sepanjang jalan. Selain itu, ia juga boleh membantu korang untuk meningkatkan kepercayaan diri dan mengurangkan rasa kesepian.

Lari

via GIPHY

Selain itu korang bolehlah berlari. Waktu berlari tu, korang boleh lupakan sekejap rutin yang mengikat korang dekat tempat kerja dan buat korang terasa bebas.

Bersenam beramai-ramai

via GIPHY

Orait kalau nak lagi best, apa kata korang bersenam dengan kawan-kawan. Waktu bersenam dengan kawan-kawan, kita boleh bergelak ketawa dan bersosial dengan orang lain. Jadi, tak adalah kita rasa sunyi dan seronok nak lakukan aktiviti bersama-sama.

Ha, nak lagi seronok, lepas bersenam tu pergilah makan aiskrim. Kebetulan Superdelas pun ada buat promosi bolehlah makan berjemaah.

Apapun, team Dhia berharap korang semua akan cepat sembuh dan jangan sedih-sedih dah tau!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my