Serious?!

Janna Nick permaisuri Syafiq Kyle

Oleh  | 

LAMA dah kita tak nampak Janna Nick dan Syafiq Kyle ni kan? Kali terakhir sis nampak mereka bergandingan adalah dari drama yang disiarkan di TV3 sebelum ini. Nampaknya pengarah terkenal Erma Fatima begitu mempercayai untuk memilih kedua-dua pelakon itu menggalas watak penting dalam teaternya yang bertajuk Pawana Isabella.

Ketika Erma menawarkan watak tersebut, Janna Nick nampaknya begitu teruja dan bersetuju untuk hadir ke pentas teater. Wah, nampaknya Janna Nick memang berani mara dan terus gah melebarkan sayapnya.

Pawana Isabella bukanlah teater biasa. Ia adalah sebuah teater bangsawan moden yang mengangkat bahasa Melayu Klasik. Bukan itu sahaja, penonton juga ajak disajikan dengan nyanyian, kesenian silat dan juga nyanyian oleh para pelakon.

Untuk memastikan setiap watak nampak real, diorang berlatih dengan cikgu silat yang sebenar tau yang dibawakan khas oleh produksi Istana Budaya.

Memandangkan Janna dan Syafiq pernah digandingkan bersama sebelum ini. Jadi tak ada masalah bagi mereka untuk mendapatkan keserasian.

Kalau korang nak tengok Teater Pawana Isabella ini, jangan lupa untuk dapatkan tiket di kaunter Box-Office Istana Budaya dengan harga sekitar RM48-RM188. Teater ini akan ditayangkan bermula dari 21 Ogos sehingga 31 Ogos ini!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my