Serious?!

Janna Nick sakit, netizen minta RM50 doakan kesihatan?

Oleh  | 

PELAKON Janna Nick, mengalami demam teruk sebaik sahaja pulang dari Sydney, Australia dan dimasukkan ke sebuah hospital di ibu kota, sejak Sabtu yang lalu.

Laporan awal perubatan menunjukkan beliau mengalami jangkitan kuman dan perlu dipantau oleh doktor.

Wakil daripada syarikat pengurusan pelakon itu, Afeeq Abd Wahab memaklumkan daripada LOL Entertainment beritahu, Janna mengalami demam panas yang sangat teruk sejurus tiba dari Sydney.

“Doktor berkata puncanya mungkin kerana Janna terlalu banyak bekerja sehingga tidak berehat.

“Setakat ini, Janna masih dalam pemantauan doktor dan sedang menjalani beberapa rawatan,” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Tambah Afeeq, keadaan Janna agak lemah dan doktor menasihatkan dirinya untuk berehat sepenuhnya.

Afeeq turut memohon peminat mendoakan kesihatan Janna segera pulih.

“Buat peminat Janna, doakan kesihatannya sihat semula. Janna perlu berehat barulah demamnya akan surut,” katanya.

Namun kenyataan tersebut, menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada netizen yang mengambil kesempatan dengan menyindir Janna Nick berkenaan isu servis ucapan hari jadi yang pernah tular tidak lama dahulu.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa netizen lain yang mempertikaikan pengguna lain yang menyindir Janna dan menganggap perkara sakit tidak boleh dibuat main-main. Ramai juga yang membela Janna tentang isu ucapan hari jadi RM50-nya dahulu.

Apapun, Dhia mendoakan agar Janna Nick cepat sembuh dan dapat berkerja seperti biasa!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my