Serious?!

Jenis bentuk najis dan apa ertinya

Oleh  | 

MEMANG perbuatan yang tidak elok untuk melihat najis yang telah kita buangkan itu. Akan tetapi sekali sekala kena juga kita tengok hanya atas dasar mengetahui kesihatan diri.

Menjadi perkara yang tidak perlu adalah apabila menangkap gambar dan berkongsikannya kepada orang lain! Ish jangan buat kerja gila macam tu dik. Cukup lah sekadar korang tengok untuk mengesan kesihatan pengahadaman kita.

via GIPHY

Tahukah anda, najis yang kita buang tu ada beberapa jenis dan setiap satu jenis mempunyai mesej yang tersendiri? Ha jika ada yang diantara korang tu yang sedang mengalami masalah untuk membuang air besar, mungkin di sini ada jawapannya!

Sis pasti ada yang diantara korang pernah mengalami membuang najis  yang berketul dan keras. Najis jenis ini bererti korang kurang mengambil serat dan juga kurang minum air. Ini merupakan satu tanda dimana korang sedang mengalami masalah sembelit. Untuk merawatinya, anda perlu mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan juga buah.

Jenis yang kedua pula, jika korang mempunyai najis yang berbentuk seperti buah pisang dan tidak terlalu keras atau cair, ini bererti korang mempunyai sistem penghadaman yang baik.

Manakala najis yang cair pula merupakan tanda korang sedang mengalami cirit-birit dan ini berkemungkinan berpunca daripada kurang minum air dan badan mengalami dehidrasi.

Selain dari itu, najis yang lembut dan kelihatan seperti melekat di mangkuk tandas, bermaksud sistem penghadaman sedang berada dalam masalah dan disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor!

Najis yang tidak mempunyai bentuk adalah merupakan satu tanda jangkitan. Anda mungkin berisiko mengalami jangkitan dan sistem penghadaman sedang bermasalah. Tingkatkan pengambilan serat dan minum, air banyak!

Sumber: dyna-nutrition

Sis harap artikel ini dapat membantu korang yang sedang mengalami masalah sistem penghadaman tu.

Sumber:Era Baru

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my