Be-You-Ty

Jenis-jenis gemuk, mitos semata-mata

Oleh  | 

PERNAH tak korang dengar jenis-jenis gemuk seperti gemuk air, gemuk angin, gemuk daging dan sebagainya? Dari mana datangnya kategori-kategori gemuk ni dan sejauh mana kebenarannya?

Sis pun terfikir juga wujud ke gemuk air, gemuk daging dan gemuk angin tu? Bukankah kalau seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan sememangnya lemak semata-mata? Sejauh mana kebenaran pasal semua kategori gemuk ni.

via GIPHY

Menurut seorang pakar dalam permakanan, Fizah Sobri memberi penjelasan bahawa kategori-kategori gemuk yang sering mejadi perbualan dalam konteks ini adalah mitos semata-mata.

Gemuk air

Dalam badan seorang individu yang normal, terdapat lebih kurang 45% – 55% cecair termasuk darah, air dalam sel-sel badan, air liur dan sebagainya.

Badan manusia yang normal tidak akan menyerap air jika melebihi kuotanya, maka lebihan tersebut akan dikeluarkan melalui proses pembuangan air kecil.

via GIPHY

Gemuk Angin

Tidak mustahil badan manusia boleh menyimpan angin dan kalau ada pun akan keluar dalam bentuk kentut atau sendawa!

Ini disebabkan adanya jenis-jenis makanan yang menyebabkan bakteria baik dalam perut kekal aktif dan menjadi penyebab pengeluaran gas dengan banyak.

via GIPHY

Gemuk Toksin

Badan seorang manusia mempunyai proses tersendiri dalam membersihkan diri daripada toksin. Khususnya organ penting seperti buah pinggang, hati, usus dan sistem perkumuhan.

Korang tak digalakkan untuk mengamal detox diet semata-mata untuk membersihkan diri daripada toksin supaya dapat mengelak penyakit yang lain datang pula!

via GIPHY

Gemuk

Setiap individu yang mempunyai berat badan berlebihan sebenarnya adalah gemuk lemak sahaja. Ini lah satu-satunya genuk yang wujud akibat permakanan yang tidak seimbang dan persepsi berat otot juga adalah palsu semata-mata!

via GIPHY

Sis harap lepas ni korang faham lah dan tak perlu nak bersusah-payah fikir korang ni  jenis gemuk yang mana satu.  Amalkan pemakanan yang sihat, itu yang paling utama dan jangan lupa bersenam!

Sumber: Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my