D-Life

Jep Sepatuh menjadi perhatian netizen gara-gara videonya di Instagram

Oleh  | 

SEPANJANG Perintah Kawalan Pergerakan, pelbagai kisah dan gelagat yang dikongsikan oleh beberapa selebriti menerusi media sosial mereka. Antaranya Datuk Fizz Fairus membina taman permainan didalam rumah dan Alif Satar bersukan bersama anak-anaknya.

Jep Sepahtu juga antara selebriti yang mencuri tumpuan apabila berkongsi video yang membuatkan orang ramai terhibur di Instagramnya. Terdahulu kongsi video bebelan kerana tidak mendengar arahan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan.

Masak ‘Welcome-Welcome’

Kelihatan Jep sedang memasak dan katanya sedang memasak ‘welcome-welcome’ guys. Mungkin petang ni korang pun boleh masak ‘welcome-welcome’.

Tidurkan anak dengan nyanyi lagu perak 

Jep merupakan seorang bapa yang penyayang apabila mendukung anaknya dan menyanyikan sebuah lagu popular negeri Perak.

“Tak kerja ni kita tolong org rumah tidurkan anak. Cuma jiran tadi text tanya, tidurkan anak ke, kejut anak bangun?”.

Menerusi perkongsian video, Jep dikatakan membantu isterinya Sari Yanti menjaga anak-anak ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Video ini turut mendapat perhatian ramai tambahan pula pelawak terkenal ini mempunyai 3.9 juta pengikut di Instagram. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan Jep yang membantu isterinya menjaga anak-anak dan menjadi contoh untuk orang ramai.

Ini lah masanya untuk korang menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga dirumah sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my