Serious?!

Jerat mangsa hanya 60 saat, pelajar Indonesia ini rupanya dah rogol 136 lelaki!

Oleh  | 

TIDAK ada apa yang nampak mencurigakan kalau dilihat daripada gambar-gambarnya di media sosial. Tapi siapa sangka, wajah yang suka tersenyum ini dan berpendidikan sarjana ini sebenarnya sangat licik menjerat mangsa sehingga merogol 136 orang lelaki.

Reynhard Sinaga rupanya mempunyai teknik untuk mencari mangsa bagi melempias nafsu peliknya. Dia akan mencari mangsa di kelab malam berhampiran rumahnya dan mengajak mereka ke rumah. Pernah ada juga mangsa yang cepat terjerat dalam permainan Reynhard dalam tempoh 60 saat sahaja. Di rumah, Reynhard akan memberikan minuman keras yang dicampur dengan sedatif sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Ketika itulah dia mula merogol dan merakam aksinya menggunakan telefon bimbit.

Menurut hakim Suzanne Goddard, biasanya mangsa tidak ingat apa yang terjadi kepada mereka. Namun, semuanya terbongkar apabila salah seorang daripada mangsa tiba-tiba tersedar daripada kejadian dan terus memukul Reynhard. Pada ketika itulah segalanya perbuatannya terbongkar dan polis merampas telefon bimbit miliknya dan menjumpai berpuluh video milih Reynhard.

Ketua pendakwaraya, Ian Rushton menyifatkan pelajar warga Indonesia itu sebagai pemerkosa bersiri paling besar di dunia dalam sejarah perundangan.

“Sikap tidak berperikemanusiaan Sinaga memperdaya lelaki-lelaki muda yang menganggapnya baik dengan menawarkan tempat tinggal. Mereka tidak tahu lelaki ini sebenarnya binatang.

Sebaik tiba di rumah, Sinaga menggunakan mangsa sebagai objek untuk melempiaskan nafsu pelik untuk kepuasan diri sendiri,” katanya.

Mangsa rogol ini sebenarnya berdepan dengan trauma. Ada yang hilang yakin diri dan tidak mempercayai perkara tersebut berlaku kepada mereka. Ada juga kes yang membuatkan mangsa ingin membunuh diri.

Reynhard Sinaga dijatuhi hukuman penjara seumur hidup minimum tempoh penjara 30 tahun.

Sumber: Harian Metro, CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my