D-Life

Jerawat di punggung? Ketahui puncanya!

Oleh  | 

JERAWAT yang tumbuh di wajah berlaku kepada sesiapa sahaja sehingga kita tidak perlu untuk berasa malu tentang hal ini. Namun,jerawat  yang tumbuh di punggung ternyata sangat berbeza berbanding jerawat biasa yang tumbuh di wajah.

Surgical Associate NYC, David Greuner menjelaskan, jerawat merupakan sel kulit mati, minyak berlebih dan kotoran yang menyumbat pori-pori kulit kita. Kondisi kulit seperti ini memberikan kesempatan kepada bakteria untuk membiak. Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca tumbuhnya jerawat pada kawasan punggung korang. Jom kita go through punca-puncanya di bawah ini!

Jarang mandi 

Punca utama tumbuhnya jerawat pada bahagian tubuh korang adalah disebabkan kurang mengambil berat tentang kebersihan diri. Tak hairanlah jerawat boleh tumbuh pada bahagian punggung korang tu. Bakteria senang membiak kalau kulit korang terdedah kepada kotoran dalam tempoh yang lama tau. Mana yang selalu ada jerawat pada bahagian punggung dan area lain tu rajin-rajinkanlah mandi lebih daripada sekali setiap hari ye.

Berpeluh terlalu lama 

Selain daripad jarang mandi, habit ini juga boleh menjadi punca jerawat tumbuh pada bahagian punggung korang. Selepas melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh, cepat-cepat lah bersihkan diri. Peluh yang melekat terlalu pada badan boleh meningkatkan pertumbuhan jerawat pada tubuh badan tau.

Menggunakan produk sabun yang salah

Korang tahu tak, kandungan pelembab yang tinggi dalam sabun badan boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat tau. Kandungan pelembab yang tinggi boleh menyumbatkan pori-pori bagi kulit sesetengah orang. Kalau rasa sabun yang korang gunakan tidak bersesuaian, cari produk sabun yang mengandungi antiseptik yang tinggi untuk mengawal permasalahan ini.

Hormon

Masalah hormon dan wanita bagaikan sahabat karib. Ketidakstabilan hormon boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat pada tubuh padan kita termasuk punggung. Ketidakstabilan hormon biasanya berlaku apabila kita sedang haid, hamil dan stress. So, sebaiknya jagalah kebersihan diri korang supaya jerawat yang timbul pada punggung tidak melarat dan menjadi banyak ye.

Tabiat buruk

Tabiat buruk yang sis maksudkan adalah merokok, pengambilan alkohol, kurang tidur, dan sering mengambil makanan yang tidak berkhasiat boleh menjadi punca pertumbuhan jerawat. Jaga lifestyle korang supaya korang boleh kekal sihat luar dan dalam. Apa yang keluar pada tubuh badan kita berpunca daripada apa yang berlaku dalam badan kita. Beware okay. 

Lepas dah tahu punca-punca di atas, sila lah jaga kebersihan ye. Bukan apa, kita ni perempuan tau. Malu lah muka cantik tapi badan penuh dengan jerawat. Bukan muka je kena jaga. Kebersihan diri pun kena ambil berat tau. Ingat ye!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my