Serious?!

Jijik! Gara-gara ludah dalam makanan, chef ini akhirnya dipecat

Oleh  | 

TAK tahulah apa yang difikirkan chef muda ini apabila dia dengan sengaja meludah ke dalam makanan yang dihidangkan kepada pengunjung hotel.

Perbuatan itu dikantoikan sendiri olehnya menerusi laman Twitter rasmi. Dia dengan bangganya menceritakan bahawa hal terbaik bekerja sebagai seorang chef ialah dapat ludah ke dalam hidangan pelanggan Cina.

Namun, setelah tweet miliknya menjadi viral, lelaki tersebut bertindak memadam akaun sosial media rasmi miliknya. Bila diselidik,  rupanya lelaki ini sudah mula tweet berbaur perkauman sejak Disember tahun lalu.

Lelaki itu dipercayai seorang chef di Hugo’s In The Sky di Hotel Grand Ion Delemen di Genting Highlands.

Berikutan perlakuan chef itu yang melampau, pihak restoran memaklumkan bahawa chef tersebut telah dipecat. Beliau turut mengesyorkan makanan yang disajikan diawasi oleh Executive Sous Chef sebelum dihidangkan.

Harapnya perkara begini tidak berlaku lagi pada masa mendatang. Tak baik tau kita buat macam itu dekat orang yang tengah lapar. Jangan biarkan kebencian memakan diri dan memaksa kita untuk berlaku kejam kepada orang lain.

Sumber: Says

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my