Be-You-Ty

Jiwa stress bila jerawat tumbuh spot yang sama! Ni yang korang perlu tahu

Oleh  | 

JERAWAT suatu penyeksaan diri yang takkan pernah tamat sehinggalah korang jumpa jalan penyelesaian a.k.a produk atau teknik yang sesuai untuk menyah ia dari kulit wajah.

Mungkin ia akan hilang selama beberapa minggu tapi yang anehnya ia akan muncul semula pada spot yang sama! Masalah ini terjadi pada semua orang especially ketika minggu haid atau serangan gangguan hormon. 

Naik buntu jadinya bila jerawat senang naik pada area yang sama sehingga beri kesan pigmentasi dan parut kekal. Apa yang sebenarnya yang berlaku pada kulit korang?

via GIPHY

Sebenarnya jerawat jenis cysts yang tinggal di dalam kulit korang dan hanya menunggu masa untuk ‘meletup’ dengan mengisi minyak dari kalenjar minyak. Biasanya cysts naik secara ‘bengkak’ dan terasa sakit bila disentuh.

Pastikan korang tidak picit atau cuba untuk exfoliate kulit ketika ini kerana ia boleh beri luka secara tak langsung bakteria mudah membiak. Seterusnya jerawat ini akan kembali berulang untuk naik pada kawasan yang sama. 

Ada cara untuk mengurangkan cysts tapi sila ingat, ia mengambil masa. Korang boleh cuba produk dari bahan salicylic acid yakni membantu mengurangkan lebih minyak dan membersih liang pori-pori.

Sementara itu juga korang kena la rajin menampal acne patch pada jerawat yang sedang naik. Cara ini untuk melindungi jerawat dari sebarang kotoran tambahan dan mengecutkan cysts

Sumber: Google

Sisa bakteria yang tinggal boleh menyebabkan cysts kembali aktif. Pastikan anda menggunakan produk mengandungi benzoyl peroxide untuk membasmi bakteria pada permukaan kulit. Jadi dua bahan yang penting wajib ada ialah salicylic acid dan benzoyl peroxide

Kalau kulit dah kembali reda dari jerawat, kamu kena kembali bertindak exfoliate seperti biasa untuk menggantikan sel kulit mati dan mengurangkan parut jerawat. Pantang utama sekali ialah jangan sesekali menyentuh wajah atau jerawat pada Kawasan yang sama! Siapa yang selalu sangat buat macam ini dah boleh kena stop kerana tabiat ini juga antara favourite bakteria. 

Kesimpulannya elakkan dari menyentuh wajah, kurangkan makanan berminyak dan paling penting untuk tidak picit jerawat kamu. Sudah-sudahlah tu ‘gatal’ tangan nak picit ya…


Penulis: Izzah Ab Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my