Dhia Glam

Jom bergaya ‘vintage’ dengan koleksi baju lama ibu korang!

Oleh  | 

FESYEN sememanganya melalui revolusi mengikut peredaran zaman. Tetapi sebenarnya revolusi fesyen pada zaman kini lebih kepada rotate semula fesyen-fesyen yang terdahulu.

Korang sebenarnya boleh gayakan baju-baju lama semula dan still boleh nampak trendy. Korang boleh je selongkar semula baju-baju lama ibu korang dan berikan sentuhan moden mengikut cita rasa sendiri.

Kat sini Dhia sertakan idea vintage dan klasik untuk korang tampil cool menggunakan koleksi baju ibu korang. Jangan tak tahu yang ibu korang pun pernah fashionable dan stylo pada satu ketika dahulu!

High-waisted jeans

High-waisted jeans sememangnya tidak akan lapuk dan kekal trend sehingga hari ini. Jeans seperti ini digayakan oleh golongan muda pada tahun 1980-an. Korang akan kelihatan lebih langsing dengan memakan jeans jenis ini.

Overall

Pemakaian overall pernah lenyap seketika pada awal tahun milenium. Kini overall menjadi kegilaan semula kepada pencinta fesyen. Tidak kira sama ada overall skirt, denim ataupun fabrik biasa, overall kembali dipakai semula dan dimodenkan sesuai dengan trend semasa.

Off shoulder

Perasan tak trend baju off shoulder ini tidak pernah lapuk ditelan zaman. Baju off shoulder masih menjadi kegemaran wanita pada hari ini dan baju jenis ini sesuai dipadankan di semua acara. Trend ini pernah popular pada tahun 70-an dan Dhia yakin mesti ibu korang ada koleksi baju jenis ini kan?

Gaun beropol atau lace

Kalau terjumpa koleksi gaun beropol atau lace lama ibu korang, simpan dan gayakan semula mengikut kreativiti korang. Gaya vintage ini seeloknya dipadankan bersama skirt atau seluar yang bermotif. Trend baju ini sememangnya terkenal pada tahun 80-an dan 90-an.

Flared jeans

Flared jeans pernah popular sekitar tahun 70-an dan trend ini masih relevan sehinga ke hari ini. Jeans jenis ini tidak sesuai digayakan oleh gadis yang bertubuh rendah. Kalau korang yang  mempunyai kaki yang panjang, mesti korang akan kelihatan seperti supermodel bila pakai jeans jenis ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my