Serious?!

Jom check kejap! Korang ada tak 5 jenis fobia yang pelik ni

Oleh  | 

KORANG mesti ada fobia terhadap perkara tertentu kan macam korang jenis takut dan fobia dengan lipas terbang atau fobia dengan kucing.

Fobia ni perkara biasa yang semua manusia ada dan ianya normal jika kita ada rasa takut dan fobia terhadap sesuatu perkara. Fobia ni terjadi atas sebab korang pernah alami memori yang buruk terhadap benda tu dan membuatkan korang trauma atau takut.

Tapi korang jangan terkejut ada jenis-jenis fobia yang korang rasa ianya pelik tapi ada manusia yang hadapi fobia ni.

Telephonofobia

Telephonofobia ni adalah sejenis fobia yang takut untuk jawab phone atau call orang. So agak bahaya berurusan dengan orang macam ni sebab kalau korang try nak call je voicemail dan pasti akan menyusahkan korang. Mungkin orang yang macamni berhubung guna surat je kot.

Ablutofobia

Ablutofobia ni adalah sejenis fobia takut untuk mandi. Ianya bukan lah fobia takut air, tapi orang macam ni takut untuk bersihkan diri sendiri jadi orang macam ni mesti busuk sebab tak pernah mandi. Orang macamni juga mudah untuk menghadapi masalah kesihatan seperti masalah kulit.

Spektrofobia

Fobia ni adalah jenis fobia dimana orang takut untuk tengok cermin atau refleksi diri. Mungkin orang macamni mengalami trauma berkaitan dengan cermin atau pada wajah sendiri yang menyebabkan dia taknak tengok cermin.

Heliofobia

Heliofobia ni adalah fobia pada cahaya matahari dan orang macam ni selalunya rumahnya mesti gelap dan tak bukak langsir sebab nak elak sinaran matahari. Mungkin orang macamni sebenarnya vampire?

Anthofobia

Fobia ni adalah fobia pada bunga mungkin disebabkan pada alahan menyebabkan seseorang tu tak boleh sentuh dan menghidu bau bunga. Jadi kalau jumpa orang macam ni jangan lah korang bawak pergi jalan dekat taman bunga.

Sumber:Facebook

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my