D-Life

Jom cuba ‘trick’ badan langsing tanpa bersenam dari Jepun!

Oleh  | 

SIAPA yang tak nak badan langsing! Selain senang nak dapat saiz baju dekat pasar raya, badan langsing juga petanda kita ambil berat terhadap kesihatan kita.

Jadi, untuk mendapatkan badan yang langsing, ada macam-macam cara dan teknik yang kita pernah dengar. Daripada yang mengarut sampailah kepada yang power.

Tapi entah kenapa, ia tak selalu memberikan kita hasil yang kita inginkan. Ramai yang cakap diet sahaja tak mencukupi. Korang kena bersenam sekali.

via GIPHY

Namun, tak semua orang ada masa untuk bersenam. Maklum sahajalah, kadang-kadang korang nak kejar assignment, kelas tambahan lepas tu tak sempat nak bersenam setiap petang.

Ha! jangan kecewa. Apa kata korang cuba pula trick daripada Jepun ni!

via GIPHY

  • Pastikan korang duduk dan tarikh nafas selama 3 saat dan hembus selama 7 saat.
  • Lakukan kaedah pernafasan ini selama dua minit dalam sehari. Senang kan?

Menurut masyarakat Jepun, kunci utama untuk menurunkan berat badan ialah teknik pernafasan yang betul. Semakin banyak oksigen yang kita ambil, semakin banyak lemak yang kita bakar ketika menghembuskan nafas.

via GIPHY

Mengikut kajian yang diterbitkan oleh British Medical Journal menunjukkan proses pernafasan ini boleh menurukan 0.5 lemak setiap hari.

Ia boleh menurunkan berat tapi bukan dengan jumlah yang besar.

Kalau korang nak dapatkan hasil badan langsing yang lebih cepat. Still, pergilah bersenam!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my