Be-You-Ty

Jom ‘follow’ rutin gadis-gadis Arab supaya rambut kekal bersinar

Oleh  | 

BUAH kurma ataupun tamar sememangnya menjadi makanan ruji ketika bulan Ramadan. Buah kurma bagus dimakan kerana mampu mengembalikan kadar gula dan energi dalam badan semasa berpuasa. Kalau mengikut sunnah pun kita perlu makan kurma dahulu semasa berbuka kan?

Kalau korang nak tahu, negara Arab menggunakan buah kurma untuk kecantikan tau. Buah ini tidak hanya meberi kita tenaga sahaja tetapi ia mampu menjadikan kulit dan rambut kita kekal sihat. Nak tahu tak apa khasiat-khasiat kurma untuk kulit dan rambut kita?

Image result for buah kurma

Menjadikan kulit awet muda 

Kulit wajah kita akan mengalami penuaan secara semula jadi. Pelbagai cara dan produk yang telah dihasilkan untuk mengatasi masalah penuaan. Sebenarnya, buah kurma mampu menjadikan kulit kita awet muda tau. Kandungan vitamin dan mineral yang ada dalam buah kurma membantu untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah kita.

Mengatasi keguguran rambut

Buah kurma juga mengandungi vitamin B. Seperti yang kita tahu, vitamin B boleh membantu untuk mengatasi masalah rambut gugur. Korang boleh jadikan buah kurma sebagai masker rambut dan lumurkan 2 kali seminggu okay. Mesti hasilnya memuaskan!

Menjadikan rambut sihat dan berkilau

Korang mesti pernah tengok rambut wanita Arab kan? Kebanyakan mereka memiliki rambut yang lebat dan sihat. Jika  nak dapatkan rambut yang sihat, korang kena ikut rutin wanita-wanita arab. Mereka akan menggunakan buah kurma sebagai masker dan lumurkan di rambut mereka. Ternyata masker kurma dapat memberikan kelembapan kepada rambut sekaligus menjadikan rambut kita kuat dan sihat.

Menyembuhkan pelbagai penyakit kulit 

Selain rambut, vitamin B juga mampu membantu mencantikkan kulit. Kajian ada mengatakan buah kurma boleh membantu mengatasi masalah kulit seperti selulit atau parut jerawat.

Dapat melembabkan kulit 

Selain vitamin B, buah kurma juga mengandungi vitamin c dan mempunyai anti-oksidan yang tinggi. Kurma mampu melembapkan kulit dan boleh menghidrasi kulit secara optimal.

So, buah kurma tidak hanya dicari semasa bulan puasa sahaja tau. Banyak manfaat yang boleh kita gunakan daripada buah kurma. Hmm, tiba-tiba teringat kek kurma dan susu kurma. Yums!

Sumber: Fimela

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my