Serious?!

Jom intai-intai busana ‘the boom’ malam Anugerah Juara Lagu 33!

Oleh  | 

Wah! Wah! Wah!
Dengan tema Supernova untuk kali ini, nampaknya artis dan selebriti tanah air bukan main lagi melaram untuk kelihatan paling zass pada malam Anugerah Juara Lagu ke 33! Semua tampil ‘lit’ dengan gaya dan intepretasi fesyen masing-masing. Tak puas mata memandang!

Team Dhia sempat juga terjah beberapa selebriti untuk bercerita tentang busana mereka. Jom kita check it out!

Elizabeth Tan

Wah! Bukan main lagi merah menyala Elizabeth Tan malam ini! Busana hasil sentuhan Suffian Tugiman dengan hiasan lace di bahagian atas cukup simple tapi tetap menyerlahkan kecantikkan pelantun lagu Setia. Bertemakan ‘Be Yourself’, Lizzy memilih warna merah bagi melambangkan dirinya. Yes! Barulah girls on fire!

Kaer dan Amelya

Finalis AJL 33 ini nampaknya hadir dengan pakaian sedondon berwarna merah jambu. Lembut saja mata kita memandang!

Menurut Kaer dan Amelya, mereka masih mengekalkan rekaan dengan stail yang minimalis. Kalau sebelum ini mereka selalu tampil dengan baju berwarna hitam, kali ini pasangan duo itu bersetuju untuk memilih warna pastel bermotifkan bunga-bungaan. Wow!

Shiha Zikir

Wow! Comel saja Shiha ini menyarung dress daripada Dwenraha. Kalau sebelum ini Shiha selalu tampil dengan dress labuh dan meleret. Namun nampaknya kali ini Shiha memilih warna jingga cair dengan corak reben di bahagian bahu. Betul la kata orang ‘less is more!’

Apa yang lebih mengagumkan ialah Dwenraha hanya mengambil masa tiga hingga empat hari untuk menyelesaikan gaun manis ini.

Ok, korang rasa onz ke tak diorang ni? Agak-agaknya korang paling suka baju siapa? Cuba komen sikit!

Kalau korang terlepas keputusan pemenang, meh Dhia payung satu:

Keputusan penuh

Juara : Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Ke 2 : Bunga – Ara Johari

Ke 3: Sampai Bila – Misha Omar

Vokal terbaik – Misha Omar

Pesembahan terbaik – Sufian Suhaimi

Tahniah buat semua pemenang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my