Serious?!

Jom intai sikit siapakah antara pelakon Korea paling menyerlah 2019!

Oleh  | 

TAHUN 2019 menyaksikan yang cerita drama Korea tidak hanya dibintangi oleh pelakon ternama. Banyak sahaja muka-muka baru dan sedang meningkat naik mempersembahkan lakonan yang cukup hebat dan cemerlang.

Berikut adalah antara pelakon Korea yang berjaya mencuri perhatian ramai melalui lakonan mereka sehingga membuatkan mereka membintangi lebih dari satu drama! Jom tengok.

Lee Jae Wook

Setelah lakonan yang begitu cemerlang dalam drama Search: WWW, Lee Jae Wook berjaya mencuri perhatian apabila watak Seol Ji Hwan begitu menjadi. Akhir tahun ini pula, pelakon itu nampaknya kembali menjadi second lead dalam drama Extraordinary You. Wataknya kali ini pula sangat tegas tapi diam-diam jatuh cinta memang buat penonton tak keruan.

Kim Hye Yoon

Lepas sahaja berlakon dalam Sky Castle, nama pelakon ini sudah mula menjadi sebutan. Tambahan pula dia baru sahaja menerima anugerah Best New Actress sewaktu BaekSang Arts Awards. Dia terus sahaja menjadi watak utama semasa Rowoon SF9 dan Lee Jae Wook. Hebat!

Jang Ki Yong

Lepas membintangi drama Kill It dan Search: WWW, pelakon ini semakin melebarkan sayapnya dengan berlakon filem The Bad Guys: Reign of Chaous yang diambil daripada sebuah drama pada tahun 2014.

Park Ji Hoon

Dia terus menjadi antara pelakon yang dibincangkan setelah muncul dalam drama Flower Crew: Joseon Marriage Agency. Rupanya dia merupakan pelakon cilik 20 tahun dulu yang pernah berlakon dalam drama King and U, Song of the Prince dan banyak lagi.

Shin Ye Eun

Pelakon yang berada di bawah naungan JYP Entertainment ini juga pernah berlakon dengan Jin Young GOT7 dalam drama He is Psychometric. Dia pernah jadi model untuk muzik video band DAY6. Walaupun masih muda, ramai juga yang beri respon positif terhadap lakonan dia.

Ha, agak-agak dalam kesemua pelakon dekat atas ini. Mana satu lakonan mereka yang korang suka?

Sumber: IDN Times

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my