Diri Dhia

Jom jadi ‘trendy’ di dunia dan akhirat! Ni nasihat sis untuk para gegadis…

Oleh  | 

PARA gadis kini galak beralas arus permodenan sebagai gaya hidup seperti kerjaya, fesyen, pemakanan dan pergaulan sosial. Namun hati-hati, takut terlalu mengejar dalam kehidupan ‘moden’ kita jadi alpa tentang soal hati dan jiwa. Mulalah timbul masalah kemurungan dan tekanan akibat pergolakan jiwa yang mudah hanyut mengikut zaman serba-serbi pantas ini. 

Apa perlu buat?

Berbaliklah semula pada keseimbangan rohani yang telah diterbitkan dalam hati kita masing-masing sejak azali. Kalau kamu mahu hidup trendy tapi jangan sesekali lupa untuk membersihkan hati dan meningkatkan kerohanian diri. Sebab trendy di dunia tidak akan bawa ke akhirat pun. Jadi Sis nak ajak kamu refleks semula jiwa dan hati supaya kita semua berjaga-jaga. 

 

Doa pelindung diri

Amalkan doa pelindung diri yang bukan sahaja untuk jauh dari kecelakaan fizikal tapi juga jiwa. Minta pada Maha Pengasih lagi Maha Penyayang supaya sentiasa lindungi kamu dari masalah bebanan hati dan menjauhkan dari orang-orang yang dusta. Lapangkan segala perjalanan hari-hari kamu dengan perkara yang baik dan terlindung dari segala kemungkaran. 

Zikir 

Gantikan dari bercakap perkara yang sia-sia dengan berzikir atau berselawat. Jika sebelum ini selalu sahaja bergosip cuba alihkan perhatian kepada perkara yang lebih berfaedah. Daripada menyesakkan kepala tentang benda negatif, baik bersihkan dengan kalimah-kalimah Allah. 

Mantera motivasi

Sebelum melangkah keluar rumah, apa kata titipkan kata-kata semangat diri. Bukan apa hanya untuk kamu sentiasa berpendirian teguh dan tidak mudah terpengaruh dari perkara yang tidak berbaloi. Buat sahaja carian tentang mantera motivasi di laman internet dan simpan dalam telefon pintar kamu. Jika jiwa tengah kacau, baca semula untuk kembali bersemangat! 

Membaca

Tak kisah pun membaca buku atau melalui telefon pintar yang penting bacalah pengisian yang ilmiah atau membantu menerangkan semula hati. Mungkin sebelum ini sudah terlalu banyak hiburan canda yang dimainkan jadi bertadah semula isi hati kamu tentang perkara yang bermanfaat. 

Dalam hidup ini bukan sahaja kita mencari aras untuk sama berdiri dengan orang-orang yang berjaya di dunia tapi juga di akhirat. Mungkin kita boleh jadi trendy dan melayan gaya metropolitan namun mana pengakhirannya nanti? Matlamat untuk mengimbangi kerohanian diri sebagai pelindung untuk jauh dari segala tekanan jiwa akibat dunia. 

 

Selamat beramal! 

 

 

 

Sumber: Ilham Penulis
Penulis: Izzah Ab Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my