Be-You-Ty

Jom ‘make up’ cara Mafarikha di pagi Syawal nanti!

Oleh  | 

SEPERTI fesyen, solekan juga sentiasa berubah selari dengan peredaran masa. Ketika ini, solekan natural lebih digemari wanita zaman kini berbanding solekan berat. Namun sebenarnya, ada beberapa tips yang perlu kita tahu untuk melakukan solekan natural. 

Baru-baru ini team Dhia berkesempatan ke Sasa IOI Putrajaya bagi menghadiri kelas solekan anjuran jenama solekan lokal iaitu ANAS. Anas telah menjalankan kolaburasi bersama Sasa dan jenama Anas merupakan jenama solekan lokal pertama yang berjaya berada di dalam Sasa.

Image result for anas sasa

Foto: Twipu

Mafarikha yang juga merupakan make up artist dan penyanyi terkenal telah menjadi guru solekan pada hari itu. Pelbagai tips solekan telah dikongsi olehnya sambil melakukan make up tutorial. Boleh la kita cuba tips daripada Mafarikha untuk solekan raya nanti kan?

Foto: Instagram Mafarikha

MenurutMafarikha yang mesra disapa sebagai Mafa, concealer berwarna coklat boleh menggantikan concealer warna lain sekiranya kulit wajah kita tidak mengalami masalah kulit yang teruk. Apply concealer di bahagian yang hendak ditutup sahaja dan dab dengan menggunakan beauty blender ataupun berus.

Foto: Instagram Mafarikha

Selain itu, Mafa juga telah berkongsi tips bagaimana untuk mengemaskan concealer di bahagian bawah mata. Kemaskan concealer di bahagian bawah mata dengan dab menggunakan berus kecil kerana ruang bawah mata kita kecil. Jangan pernah menyapu concealer kerana ianya akan mengakibatkan concealer menjadi comot dan tidak sekata.

Menurut Mafa lagi, dia lebih memilih untuk menggunakan countouring matte berbanding bronzer kerana contouring matte boleh menghasilkan solekan yang lebih natural berbanding bronzer yang mempunyai shimmer.

Image result for mafarikha

Foto: Instagram Mafarikha

Untuk bahagian mata, pastikan maskara digunakan dengan cara yang betul. Letakkan maskara dibahagian atas bulu mata dan di bahagian tengah. Selama ini ramai orang telah salah anggap tentang cara untuk membesarkan mata. Kata Mafa, selepas menggunakan eyeliner berwarna hitam di bahagian kelopak mata, gunakan eyeliner berwarna putih di bahagian bawah mata untuk menjadikan mata kita kelihatan besar.

Akhir sekali, untuk solekan natural, gunakan gincu berwarna lembut seperti peach, coklat muda ataupun nude pink. Jangan lupa gunakan setting spray sebagai langkah akhir untuk memastikan solekan kita bertahan lama di wajah. Ini merupakan tips solekan asas yang dikongsi oleh Mafarikha pada kelas solekan Sasa x Anas tempoh hari.

Menurut Mafa lagi, sekiranya kulit wajah kita tidak mengalami jerawat ataupun parut, kita boleh skip menggunakan foundation dan terus menggunakan concealer sahaja. Pakai foundation selalu pun tak elok kerana boleh mengakibatkan kulit muka kita tidak bernafas dan menyebabkan liang pori tersumbat tau.

Semoga tips yang dikongsi oleh Mafarikha ini bermanfaat kepada korang. Boleh la cuba untuk solekan raya nanti! Semoga pagi Syawal nanti korang semakin berseri-seri, baru lah boleh hashtag ‘bakal menantu mak awak’. Eh?!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my