Be-You-Ty

Jom praktikkan! Ini yang dilakukan oleh Gigi Hadid untuk kekal ‘flawless’

Oleh  | 

GIGI HADID sememangnya terkenal sebagai seorang model yang mempunyai tubuh badan dan rupa paras yang cantik. Siapa tak nak cantik dan langsing macam Gigi? Dhia yakin model berusia 24 tahun ini memang menjadi idola semua gadis.

Apa rahsia Gigi Hadid kekal sihat dan cantik ye? Tanpa mengenakan solekan pun dia memang kelihatan jelita dan flawless. Kalau nak tahu apa rahsia Gigi untuk kekal flawless, korang kena baca sampai habis!

SELALU SCRUB MUKA

Related image

Scrub muka merupakan salah satu cara Gigi Hadid mengekalkan flawless dan glowing. Menurut Gigi, dia akan menggunakan produk scrub yang mengandungi buah aprikot. Buah aprikot berfungsi untuk membantu menegangkan kulit wajah, mengelakkan keradangan kulit dan mengurangkan jerawat. Gigi juga melakukan scrub wajah sebanyak dua minggu sekali. You all yang nak flawless macam Gigi tu boleh lah ikut cara dia ni.

SELALU GUNAKAN MOISTURIZER

Pelembap wajah sememangnya menjadi produk penting untuk wanita lebih-lebih lagi untuk mereka yang memiliki kulit kering. Gigi Hadid tidak pernah lupa untuk apply pelembap di wajahnya setiap kali keluar daripada rumah dan sebelum bersolek. Pelembap wajah mengandungi pelbagai jenis mineral dan vitamin serta campuran air yang membantu melembapkan wajah kita.

GUNAKAN CLEANSING WIPES UNTUK MENCUCI SOLEKAN

Related image

Walaupun sibuk sekalipun, tidak menjadi sebab untuk Gigi culas untuk membersihkan solekannya. Cleansing wipes menjadi pilihan Gigi setiap kali menanggalkan solekan. Selain daripada mampu membersihkan solekan waterproof dengan sempurna, cleansing wipes juga mampu membuang kekotoran di wajah dengan lebih efektif berbanding jenis make up remover yang lain.

RAJIN BERSENAM

Related image

‘Mens Sana in Corpore Sano ‘  yang membawa maksud “a healthy mind in a healthy body”  merupakan motto Gigi Hadid dalam menjaga kesihatan tubuh badannya. Untuk memastikan tubuh badannya sentiasa in shape, Gigi akan melakukan senaman sebanyak 4 kali dalam seminggu. Sentiasa bersenam bukan hanya menjamin tubuh badan yang sihat sahaja tau. Ia juga boleh mempengaruhi wajah kita untuk kelihatan segar dan flawless. 

Lepas ni korang boleh lakukan 4 tips di atas untuk kekal flawless dan sihat macam Gigi Hadid. Apa yang penting perlu konsisten untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Perlu diingat juga, jangan tumpu kepada kecantikan luaran sahaja tau. Dalaman pun kena ambil berat juga!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my