Serious?!

Justin Bieber buka mulut kisah terlibat dadah

Oleh  | 

PENYANYI terkenal Justin Bieber akhirnya buka mulut tentang kisah silamnya yang pernah terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Pelantun lagu Love Yourself itu mengakui terseksa sepanjang berada di bawah pengaruh dadah Xanax yang digunakan untuk merawat perasaan cemas yang melampau dan panik.

Menurut Bieber, dia mengakui banyak melakukan perkara-perkara yang memalukan sepanjang berada di bawah pengaruh dadah.

Bukan itu sahaja, dia merasakan dadah seolah-olah membuatnya terperangkap di dalam sebuah tempat yang gelap dan menghalang dirinya daripada melakukan apa-apa.

FOTO: NBC News

Terdahulu, pada tahun 2014, Bieber pernah ditahan di pantai Miami kerana berada dalam pengaruh alkohol, Pot dan Xanax. Namun, untuk pulih dan keluar daripada zaman gelapnya, Bieber berpindah ke New Jersey dan memulakan kehidupan yang baharu.

Bieber tidak mula mendaftarkan diri ke pusat rehabilitasi. Namun dia sendiri melakukan inisiatif seperti bermain sukan dan melakukan kegiatan kerohanian

FOTO: Cosmopolitan

Menurut isterinya, Hailey Bieber, dia berbangga dengan perubahan suaminya yang berjaya membebaskan diri dari pengaruh dadah

BACA: Tunda tarikh tiga kali, Justin Bieber dan Hailey Baldwin umum majlis kahwin Mac ini!

“Saya cuma harap Bieber akan selalu berasa bahagia, selamat dan gembira melakukan apa yang disukainya. Apapun, saya sangat berbangga dengannya yang berjaya untuk pulih tanpa pergi ke mana-mana pusat pemulihan. Saya rasa dia luar biasa dan ini semua macam keajaiban,” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber: Cosmopolitan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my