D-Life

Kadangkala mereka yang ‘resign’, adalah orang yang paling menyayangi syarikat

Oleh  | 

BETUL! Ada banyak sebab kenapa seseorang memutuskan untuk angkat kaki dari syarikat yang dia bekerja. Mungkin dia dapat tawaran kerja yang lebih baik, atau nak mulakan perniagaan baru, sambung belajar atau nak fokus kepada keluarga. Tapi, boleh jadi juga sebab lain seseorang itu berhenti kerja kerana dia terlalu mengambil berat dengan terhadap syarikat yang dia sedang bekerja.

Ironi kan? Yelah, selalunya mereka yang angkat kaki ini sebab mereka dah tak suka dengan syarikat sekarang. Sebab itu dia cari peluang dan pekerjaan baru.

Semua syarikat akan mengalami masalah. Itu benda biasa. Tapi, apa yang penting ialah bagaimana sesebuah syarikat itu boleh mengatasi cabaran dengan bijak. Ketika syarikat lain begitu agresif untuk menyelesaikan masalah, syarikat korang mungkin memiliki cara lain untuk menghadapinya. Sudah pasti setiap syarikat mempuyai etika dan budaya kerja yang berlainan.

Dalam syarikat pula ada dua jenis pekerja. Pertama yang tak kisah apa jadi asalkan dia dapat gaji awal bulan. Kedua, pekerja yang dapat melihat dengan skala yang lebih besar termasuklah masalah, solusi, kebolehan syarikat yang belum dimaksimumkan dan potensi yang ada.

Oleh sebab syarikat dilihat tidak begitu bersungguh untuk menyelesaikan semua masalah itu. Maka, mereka pun buat keputusan untuk berhenti kerja. Apabila syarikat dilihat tidak mampu untuk mengasah bakat dan memaksimumkan potensi. Maka pekerja pun lama kelamaan hilang minat untuk ambil kisah tentang syarikat dan hanya kerja untuk dapat gaji.

Dengarlah idea dan pendapat pekerja. Mana tahu mereka mempunyai idea bernas yang dapat memperbaiki segala kelemahan dalam organisasi pengurusan syarikat.

Biasa pihak atasan syarikat tak suka dengar pendapat mereka dan menganggap mereka hanya sekadar komen. Jika budaya begini ada dalam syarikat, pekerja terbaik yang ada dalam syarikat pun akan menjadi lesu, diam dan meninggalkan syarikat.

Jadi, perhatikan budaya kerja mereka yang ada dalam syarikat korang. Yay atau Nay?

Sumber: LinkedIn

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my