D-Life

Kajian dedah ini sebab lelaki cepat lupa!

Oleh  | 

WALAUPUN seorang perempuan mempunyai umur sebaya dengan seorang lelaki. Namun usia otak perempuan sebenarnya lebih muda.

Itulah hasil kajian dari sebuah jurnal yang diterbitkan Proceedings of the National Academy if Sciences, Amerika Syarikat.

via GIPHY

Dalam kajian tersebut, pengkaji telah mengumpulkan 205 orang dewasa berusia 20-82 tahun dengan kemampuan kognitif yang normal.

“Hasil kajian kami menunjukkan otak perempuan sedikit lebih muda daripada umur yang sebenar,” ucap Manu S Goyal yang merupakan ketua penyelidik dari Universiti Washington.

Rupanya jenis jantina pun mempengaruhi usia otak dan kecenderungan terkena penyakit seperti Neurodegeneratif dan Alzheimer.

via GIPHY

Seiring bertambahnya usia, metabolisme otak juga akan menurun. Jadi, kemampuan otak kita memecahkan glukosa semakin berkurang.

Jadi, tidak hairanlah jika otak lelaki yang lebih tua lebih cenderung untuk terkena penyakit tua.

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my