D-Life

Kajian menunjukkan mereka bertangan kidal memiliki otak yang…

Oleh  | 

WAKTU kecil-kecil dulu, sis selalu dengar orang kidal ni memang banyak kelebihan. Tapi memandangkan sis bukanlah seorang kidal, jadi sis tak ambil port sangat. Yelah, dalam dunia ni tak ramai tangan kidal, 90 peratuspopulasi manusia adalah bertangan kanan.

Tapi baru-baru ni laporan penyelidik nampaknya membuktikan cakap-cakap yang sis dengar mengenai orang kidal ternyata benar. Menurut jurnal yang diteritkan Brain, kajian mencatatkan mereka bertangan tangan kidal ternyata memiliki beberapa kelebihan.

via GIPHY

Penyelidik di University of Oxford telah mengkaji 500,000 ribu imbasan otak peserta bagi memeriksa hubungan antara generik, otak dan kecenderungan menggunakan tangan yang mana satu.

Mereka mendapati mereka yang bertangan kidal memang mempunyai kelebihan dalam penguasaan bahasa. Bukan itu sahaja, orang yang kidal juga lebih sensitif.

via GIPHY

Selain itu juga, para penyelidik mendapati mereka yang kidah mempunyai risiko lebih rendah untuk terkena penyakit parkinson. Namun, mereka juga nampaknya bakal cenderung mempunyai risiko skizofrenia yang lebih tinggi. Walaupun begitu, banyak lagi kajian diperlukan untuk membuktikan hubungkait ini.

Ha! Korang ada tak kenal sesiapa yang bertangan kidal? Betul ke mereka ni bijak ala-ala Bill Gates, Leonardo da Vinci atau Spike Lee? Cuba roger sis sikit.

via GIPHY

Sumber: Bustle

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my