D-Life

Kajian: Orang malas sebenarnya lebih bijak

Oleh  | 

DULU waktu sekolah cikgu marah betul kalau kita malas. Panjang betul dia beleter. Seolah-olah menjadi pemalas adalah dosa tingkat paling tinggi sebab ia akan membuatkan kita hidup meleset di tepi jalan dan tak ada pedoman.

Tapi hasil kajian yang diterbitkan oleh Journal of Health Psychology sememangnya akan membuatkan cikgu-cikgu tak senang duduk sebab ternyata orang yang malas sebenarnya mempunyai tingkat kecerdasan yang tinggi.

via GIPHY

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Gulf Coast University menunjukkan mereka yang aktif menggunakan fizikal selalunya kurang menggunakan masa untuk berfikir.

Hasil kajian ini mungkin membenarkan kata-kata bahawa mereka yang ‘ulat buku’ dianggap tidak aktif dalam sukan atau olahraga.

via GIPHY

Apa yang membuatkan seseorang itu malas?

Menurut penyelidik McElroy, kepercayaan dan sistem motivasi yang sederhana menjadi kunci dalam melakukan  aktiviti fizikal.

Seseorang cenderung untuk memilih melakukan aktiviti yang menggunakan fizikal seperti bersenam, berjalan, mengangkat barang atau berlari lebih lama asalkan dapat menghindari aktiviti melibatkan mental yang mencabar.

via GIPHY

Contohnya, kita lebih rela melakukan olahraga selama 10 minit jika hendak dibandingkan membuat laporan sebanyak 20 muka surat.

Kajian ini secara tidak langsung mengingatkan masyarakat agar tidak memandang mereka yang cenderung untuk relaks sebagai respon yang negatif. Mungkin dia nampak macam malas dan memerap dalam bilik. Tapi otaknya begitu cerdas membaca dan mengingati fakta.

via GIPHY

“Mereka mungkin nampak malas. Tapi dia sebenarnya mempunyai pemikiran tingkat tinggi,” jelas McElroy.

Namun, di sudut yang lain, malas juga sangat memberi risiko kepada kesihatan.

Apapun, team Dhia nak nasihatkan semua agar biarlah kita hidup dalam keadaan yang seimbang. Biarlah kita mempunyai otak yang cerdas dan pada masa yang sama memiliki badan yang sihat dengan melakukan banyak aktiviti fizikal. Barulah betul!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my