DhiaLova

Kajian : Perempuan ‘single’, tak ada anak lebih bahagia!

Oleh  | 

KALAU baca headline, memang akan buat sesetengah orang tak puas hati. Yelah, ada ke patut dia cakap perempuan yang single lebih bahagia. Habis tu, kita semua ni tak payah kahwin ke?

Jangan emosi dulu, sis! Ini adalah kajian yang dilakukan seorang professor dari London School of Economics bernama Paul Dolan. Katanya, perempuan yang tak pernah berkahwin dan tak mempunyai anak akan hidup lebih lama dan sihat berbanding yang lain.

Dolan yang juga merupakan penulis buku terlaris bertajuk Happy Ever After menyatakan dalam perkahwinan, lelaki akan memperoleh lebih banyak manfaat berbanding perempuan.

via GIPHY

“Tidak dinafikan perempuan yang sudah berkahwin akan hidup lebih bahagia. Tapi itu hanyalah jawapan yang diberikan mereka kerana pasangan mereka ada di dalam bilik semasa kajian dijalankan. Namun, jika pasangan mereka tiada di situ, mereka akan menjadi sangat sengsara,” ulas Dolan.

via GIPHY

Menurut beliau lagi di dalam bukunya, perempuan yang tidak pernah atau belum berkahwin akan mempunyai tahap kesedihan dan derita yang lebih rendah berbanding mereka yang sudah berkahwin tapi pasangan mereka tiada di sisi. Dari aspek kesihatan pula, perempuan yang sudah berkahwin akan berhadapan risiko kesihatan fizikal dan mental yang lebih tinggi berbanding rakan sebaya mereka yang single.

via GIPHY

Bagi mereka yang sudah berkahwin, kejayaan rumahtangga selalu diukur dengan kehadiran cahaya mata. Kalau tak ada anak tu, mulalah orang akan berkata yang bukan-bukan. Tapi menurut Dolan, itu semua hanyalah sebuah simbol kebanggaan yang tradisional dan hanya membuatkan perempuan single rasa tak bahagia.

Bukan itu sahaja, Dolan turut menyatakan ada beberapa ahli akademik terkenal pernah mengatakan bahawa ibu bapa mungkin hanya menyukai kewujudan mereka di dalam rumahtangga mereka tapi tidak kehadiran mereka.

“Anak-anak boleh memberikan pengalaman yang menyedihkan,” katanya.

via GIPHY

Memperoleh anak mungkin adalah sebuah pengalaman luar biasa bagi sesetengah orang. Namun, tak ramai yang ini berterus terang dan bercakap secara terbuka tentang bagaimana memperoleh anak boleh mendatangkan masalah dalam kehidupan mereka.

Apapun, itu baru satu penyelidikan yang dijalankan oleh seorang ahli akademik. Ada banyak lagi penyelidikan yang dilakukan oleh ahli akademik lain yang memberikan hasil kajian yang berbeza.

Apapun, hasil research ni bolehlah kita guna kalau ada mak cik bawang dok tanya kenapa kita single lagi. Kan? Hiks.

Sumber: MSN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my