DhiaLova

Tebalnya muka kau! Tak sedar ke diri tu toksik.

Oleh  | 

KERJA yang seronok bukan hanya bergantung kepada gaji. Tapi benda lain seperti suasana, rakan sepejabat dan juga bos sangat mempengaruhi motivasi kita untuk ke tempat kerja. Tapi, kalau suasana pejabat kita dipenuhi oleh benda yang toksik. Mesti kita tak ada mood nak bekerja dan memilih untuk baring seharian di atas katil.

Ada beberapa petanda yang tidak sihat boleh memberikan toksik dalam tempat kerja korang. Mungkin korang sedar atau mungkin juga tidak. Jadi, sekiranya korang pernah mengalami benda ini, itu adalah petanda tempat kerja korang sangat toksik dan silalah angkat kaki.

via GIPHY

Bos menyampah tengok muka korang

Tak ada orang yang suka kena maki dan kena tempik setiap hari. Hubungan yang tak baik dengan pihak atasan memang buat korang susah nak bekerja dan tidak produktif. Cubalah bersemuka dengan bos korang dan berbincang cara paling matang. Tapi kalau semua cara tak menjadi, carilah kerja lain.

Terasing

Ya, sis tahu. Kita tak lah minta semua orang dalam pejabat itu jadi sahabat sejati kita. Tapi kita nak semua orang gembira supaya tak tertekan bila buat kerja. Mestilah kita akan terasa kalau semua orang pergi makan tengahari tak ajak kita, kan? Tak pasal-pasal kita rasa macam dekat sekolah balik. Jangan nak down sangat, cuba korang pula yang ajak budak office korang makan sama-sama.

via GIPHY

Pekerja datang dan pergi

Eh mana yang duduk sebelah Lin tu? Eh mana yang pakai tudung tu? kalau orang datang dan pergi dalam syarikat itu, mesti ada yang tak kena. Mungkin sebab diorang tak dapat banyak faedah dalam kerja, atau mungkin bos korang bermasalah menyebabkan pekerja tak kekal lama dalam syarikat itu. Korang kena perhatikan suasana ini terutama sekali kalau korang baru.

Semua kaki gosip

Tak tahulah kenapa, tapi waktu makan tengahari biasanya adalah waktu yang diguna untuk membawang. Hanya sekelip mata, semua yang digosip itu aan bertebaran ke mana-mana. Tak kisahlah, tapi kalau sampai semua orang dah obses dengan gosip berbanding bincang tentang kerja, korang patut undur diri.

via GIPHY

Sibuk nak salahkan orang lain

‘Masing-masing nak selamatkan bontot masing-masing’, ha korang mesti pernah dengar kan ayat ni. Dalam bekerja ini memang tak semua benda menjadi.  Tapi salah menyalahkan orang hanyalah perkara yang akan membunuh produktiviti kerja. Hasilnya, semua akan bermasam muka dan bergaduh. Padahal, boleh sahaja dokus kepada penyelesaian selain daripada bertelagah.

Kelima-lima perkara yang kita bincangkan di atas adalah petanda pejabat korang sangat dipenuhi oleh perkara toksik. Jadi, pastikan korang tidak terlibat dalam mana-mana perkara yang dinyatakan tadi. Semuanya bermula dengan positiviti. Kalau semua korang dah lakukan tapi masih tak menjadi, silalah angkat kaki.

Sumber: Clozette

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my