DhiaLova

Kalau ada ciri-ciri ini, korang memang perempuan yang ‘complicated’

Oleh  | 

BUKAN perempuan lah kalau bertindak tidak mengikut emosi dan berfikir panjang. Memang lumrah setiap perempuan mempunyai sikap seperti itu. Jarang lah kita boleh jumpa perempuan yang boleh bertindak dan berfikir secara rasional. Namun ini bukan tiket untuk kita menyakiti hati dan perasaan orang di sekeliling kita tau. Jom kenalpasti ciri-ciri perempuan yang complicated supaya selepas ini korang boleh tahu dan perbaiki. Kan?

Mahukan kata-kata cinta dari pasangan setiap hari

Perempuan memang tak boleh lari dengan sifat mengada-ngada betul tak? Kita bukan tak tahu pasangan kita sayang kepada kita tapi sengaja nak minta pasangan ungkapkan cinta hari-hari. Grow up girls, pasangan kita ada banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dilakukan. Korang pula meminta-minta ayat cinta setiap hari sampai merajuk jika pasangan korang tak ungkapkan. Aiyo!

Terlalu sensitif

Sensitif dan perempuan bagai sahabat karib, Lebih-lebih lagi apabila tiba tiba hari kitaran period. Selalunya perempuan akan jadi sensitif seminggu sebelum period ataupun sesudah period. Kalau orang sekeliling kita boleh terima mood kita yang suka bertukar macam cuaca tu kira bernasib baik je tau.

Keras kepala

Kadang-kadang kita sebagai wanita pun tidak tahu apa yang sebenarnya diri kita mahukan. Bila berlaku pergaduhan dan pasangan sudah meminta maaf, kita masih lagi ingin melanjutkan pergaduhan dan merajuk. Sekali sekala tu tak apa lagi lah. Bila berlaku secara kerap, pasangan kita pun boleh pening kepala nak handle perangai kita.

Marah pasangan atas alasan remeh

Kadangkala pergaduhan yang berlaku bukan kerana sebab yang berat pun. Pasangan tidak ingat tarikh penting atau mungkir janji pun boleh buat kita jadi marah. Kita kena tahu juga pasangan kita pun manusia biasa. Banyak lagi perkara penting untuk di ingat berbanding benda-benda yang remeh.

Overthinking

Kalau semua perkara kita nak overthink lebih-lebih lagi perkara yang remeh boleh buat kita jadi tak bahagia. Kalau setakat pasangan angkat call lambat atau tidak membalas text bukan bermakna mereka curang. Cubalah berfikiran positif okay?

Apapun girls, cuba lah buang perlahan-lahan sifat-sifat di atas ni supaya kita tidak digelar complicated. Orang lain pun ada perasaan juga. Jangan jadi selfish okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my