Serious?!

“Kalau bertudung sebab takut, itu lagi munafik!”

Oleh  | 

INDUSTRI hiburan negara kita kecoh baru-baru ini apabila Emma Maembong mengambil keputusan untuk membuka semula hijabnya.

Menurut Emma dalam sebuah video, keputusannya untuk membuka hijab adalah di atas kerelaannya sendiri dan bukannya atas sebab kontroversi bersama Syed Abdullah yang melandanya baru-baru ini.

Isu Emma buka tudung ini nampaknya telah mengundang perhatian banyak pihak. Pengarah terkenal Michael Ang turut memberi respon menerusi video yang dimuatnaik di akaun Instagramnya semalam.

Yg penting HATI KENA BERSIH! Tu aje! Luv u all n bye Malaysia! Luv u all!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Sebenarnya kalau orang tu rasa tak bersedia untuk bertudung, biarkan saja dia buka. Sekurangnya dia beritahu keputusannya daripada ada sesetengah orang yang bertudung tapi sebenarnya taknak pun bertudung. Bertudung sebab takut kena kecam, lagi munafik sebenarnya,”

Michael melontarkan pendapatnya membuka tudung adalah hak individu itu sendiri daripada memakai tudung atas sebab untuk kelihatan baik di mata orang.

Menurut Michael lagi, yang penting hati perlu bersih dan tidak perlu untuk memburukkan orang atas keputusan yang diambil mereka.

Netizen doakan Emma kembali bertudung

FOTO: Instagram Emma Maembong

FOTO: Instagram Emma Maembong

Apapun, semua orang ada personal struggle sendiri. Team Dhia mendoakan agar Emma tabah menghadapi ujian ini. Apa yang boleh kita lakukan adalah doakan yang terbaik sahaja okay! Moga segalanya dipermudahkan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my