DhiaLova

Kalau jumpa lelaki macam ni jangan ‘date’ tau!

Oleh  | 

TEMU janji adalah masanya untuk kita saling mengenali si dia dengan lebih dekat. Ini kerana bercakap di dalam telefon atau mesej tidak sama dengan bersemuka bertentang mata dengannya.

Maka tidak hairanlah sekiranya kamu merasakan mempunyai chemistry jika berhubung secara online namun kaku bila duduk bersebelahan sehingga tidak mempunyai apa-apa yang ingin dicakapkan.

Temu janji juga adalah petanda sama ada kamu benar-benar serius untuk pergi kepada tahap hubungan yang seterusnya atau menamatkannya.

Menurut pakar terapis Marisa Peer, ini ciri toxic people yang perlu kamu elakkan untuk dijadikan pasangan.

 

Narsistik

FOTO: Unsplash

Narsistik adalah gelaran diberikan kepada seseorang yang mencintainya dirinya sendiri dan tidak boleh mencintai orang lain. Ini kerana dia sangat obses terhadap dirinya sendiri. Untuk bercinta dengan orang seperti ini, kamu harus mengorbankan banyak perkara termasuklah hati kamu sendiri. Ini kerana kamu mungkin tidak menerima perhatian dan kasih sayang seperti apa yang kamu berikan  kepadanya.

 

Paranoid

Mereka yang mempunyai pemikiran paranoid akan selalu bersangka buruk terhadap pasangannya. Maka tidak hairanlah jika dia akan mengawal kamu dan hanya membenarkan kamu untuk keluar bersama-sama teman atau keluarga sahaja.

 

Cemburu tak tentu fasal

FOTO: Vixen Daily

Ini satu lagi yang jadi masalah. Jenis seperti ini sangat payah untuk mempercayai kamu. Dia akan selalu memastikan segala yang berlaku akan mengikut kepada perancangannya. Dia akan selalu cemas jika anda bersahabat dengan orang lain dan selalu ingin tahu mengenai anda.

 

Perhatikan hubungannya dengan keluarga

Lihatlah bagaimana hubungannya dengan ahli keluarga. Jika dia dilihat sebagai seseorang yang tidak melayan dan menghormati ahli keluarganya, bagaimana dia boleh menjaga kamu dan keluarga yang bakal kamu bina bersama-sama di kemudian hari nanti?

 

Sumber:  True Love Dates

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my