Serious?!

Kalau ke Kelantan, kena ikut peraturan-peraturan ni untuk elak kena halau!

Oleh  | 

MENGEMBARA ke tempat yang baru sememangnya seronok. Lagi-lagi kalau kita dapat travel dengan bersama kawan-kawan yang sekepala. Akan tetapi, ia boleh menimbulkan masalah kalau korang tak study dulu budaya dan peraturan sesuatu tempat itu.

Travel korang boleh jadi lebih seronok kalau korang mengetahui tentang sesuatu tempat itu terlebih dahulu. Seperti contoh, mengetahui tempat makan yang sedap, port lepak yang best dan tempat-tempat menarik yang boleh korang OOTD!

Namun, setiap tempat mempunyai budaya tersendiri  tau. Jangan pakai redah dan langgar je. Oleh sebab itu, korang kena bijak berada di tempat orang! Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau  mesti lah kena mengaum.

Foto: Expedia

Jadi hari ini sis mengambil negeri Kelantan yang di kenali sebagai serambi Mekah sebagai contoh peraturan yang korang wajib ikut jika korang menjejaki kaki di sana.

 

Yang pertama, bagi kaum perempuan, korang dilarang memakai pakaian yang menjolok mata atau tidak menutup aurat. Peraturan ini diterapkan di Kelantan sahaja. Bukan itu sahaja, jika ada juga individu yang tidak memtuhi peraturan ini, korang akan disaman oleh pihak berkuasa.

 

Yang kedua, kaum lelaki tidak dibenarkan sama sekali untuk memakai seluar pendek. Ha ini dikira telah melanggar peraturan syariah Islam. Oleh sebab itu, lelaki yang beragama islam tidak dibenarkan untuk memakai seluar pendek jika berada di Kelantan. Kalau ada individu yang tidak mematuhi peraturan ni boleh di kenakan denda tidak melebih RM 1000 atau penjara sehingga enam bulan tau!

Foto: Expedia

Bukan itu sahaja, peniaga wanita yang tidak menutup aurat tidak dibenarkan untuk berniaga! Peniaga yang bukan Islam yang mengambil pekerja muslim juga turut tidak terkecuali untuk disaman.

Ni lagi satu peraturan yang sis nak kongsikan adalah, kaum lelaki di Kelantan dilarang sama sekali daripada menonton permainan bola jaring yang dimainkan oleh wanita. Para pemain juga dilarang untuk memakai pakaian yang ketat mahupun menampak susuk tubuh.

Tambahan lagi, di Kelantan adalah dilarang sama sekali untuk mengadakan persembahan hiburan seperti konsert-konsert dan sebarang pertunjukkan.

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk menjadi lebih dewasa dan memahami konsep budaya dan peraturan yang diamalkan di tempat yang berbeza. Lain tempat, lain orang sis!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my