D-Life

Kalau korang bukan ‘team’ bawa kucing balik raya, baca ni!

Oleh  | 

MUSIM-musim balik kampung ni memang ada banyak jenis perangai orang balik kampung. Ada yang jenis balik malam raya, raya pertama, jenis balik car pool, jenis balik sendiri dan jenis yang balik baca kucing kesayangan sekali.

Tapi, ada juga keluarga yang tak bawa balik kucing mereka untuk beraya bersama atas sebab-sebab tertentu. Yelah, mak mertua tak suka kucing ke atau adik ada asma ke. Jadi, tak dapatlah nak membayangkan foto raya family dengan kucing kesayangan.

Kalau nak tinggalkan kucing dekat orang lain atau dekat mana-mana tempat penjagaan kucing. Ini beberapa benda korang kena tengok.

Sihat ke tak?

via GIPHY

Sebelum korang suruh orang lain jaga kucing, korang kena pastikan betul-betul sama ada kucing korang tu sihat atau tak. Jangan tinggalkan kucing waktu dia tengah sakit. Hantar pi klinik cepat.

Cari orang yang boleh dipercayai

via GIPHY

Orang yang nak terima amanah jaga kucing tu pulak korang kena pastikan sejenis yang boleh dipercayai macam keluarga terdekat, jiran, atau pusat penjagaan kucing. Sebab bila orang itu ikhlas nak jaga, dia akan jaga elok-elok dan tak lah biarkan kucing korang hilang nanti. Lepas tu, korang boleh lah suruh diorang ambilkan gambar untuk tahu perkembangan kucing korang.

Makanan cukup tak?

via GIPHY

Ha, make sure korang bekalkan kucing korang dengan makanan yang cukup. Yelah, takkan nak biarkan orang yang jaga tu pula kena sediakan makanan kan? Lebih merisaukan bila kucing korang makan benda bukan-bukan dan dia sakit.

Alrite, itu sahaja yang sis boleh kongsikan. Selamat balik kampung semua. Di samping seronok menyambut raya, ingatlah kucing kesayangan korang. Meaw!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my