D-Life

Kalau korang masih ingat mimpi waktu tidur itu tandanya…

Oleh  | 

KORANG mesti pernah dengar ‘power nap’ kan? maksudnya korang akan tidur sekejap untuk memgembalikan balik tenaga dalam badan korang. Biasanya waktu lunch hour tu memang best kalau nak power nap. Benda ni sangat sesuai untuk mereka yang kurang tidur.

Biasanya power nap adalah sekitar 30 hingga 40 minit. Ia adalah waktu yang sangat sesuai untuk memastikan tubuh kita berada di fasa Rapid Eye Movement (REM) yang boleh membuat kita bermimpi.

via GIPHY

Kalau korang dah dapat tidur yang cukup di malam hari, proses untuk tubuh korang berada di fasa REM semasa power nap akan lambat sikit.

Menurut Profesor Ilmu Psikiatri dan Perilaku dari Stanford Center For Sleep Sciences and Medicine, Rafael Pelayo, menyatakan kalau korang masih ingat apa yang korang mimpi selama 10 hingga 20 minit. Itu tandanya tubuh korang sedang ‘berteriak’ menyatakan sebelum ini korang tak cukup tidur.

via GIPHY

Power nap memang bagus untuk top up balik tidur kita yang tak cukup di malam hari. Tapi ingat, power nap ini akan betul-betul menjadi kalau korang bermimpi pada fasa tersebut.

Apapun, benda yang terbaik ialah korang kena pastikan korang mempunyai jadual tidur yang mencukupi agar korang lebih bertenaga. Tak elok tau kalau tidur tak cukup.

via GIPHY

Jadi, malam ni set alarm tidur awal sikit tau!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my