DhiaLova

Kalau korang still tak boleh ‘move on’, baca nasihat Remy Ishak ni

Oleh  | 

SETIAP daripada kita pernah mengharungi fasa perpisahan dan percintaan yang terputus di tengah jalan. Mungkin perasaan yang pernah datang di dalam diri kita begitu kuat sehingga kita tidak boleh move on dengan cepat. Banyak kenangan yang akan datang dan bermain-main di dalam kepala. Ketika kita sedang meratapi perpisahan, si dia pula senang dan cepat pula mencari pengganti kita.

Tak semua orang rasional dan bijak untuk mengawal perasaan yang tenggelam di dalam kesedihan sehingga tidak boleh meneruskan hidup. Ada juga yang terjebak melakukan perkara-perkara yang tidak diingini seperti menyakiti diri sendiri dengan harapan dapat melupakan kesedihan.

 

via GIPHY

Pelakon Remy Ishak mempunyai nasihat untuk para gadis yang sedang berada dalam situasi ini. Persoalan tentang jodoh adalah rahsia. Namun pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu percaya kepada takdir dan jalan Tuhan walaupun terpaksa mengakhiri mana-mana perhubungan dengan perpisahan.

via GIPHY

“Saya bukanlah seorang yang warak tapi saya percaya kepada jalan Tuhan. Apa yang berlaku di dalam hidup adalah sesuatu yang sudah disusun. Kalau kita gagal, bagi saya benda itu semua adalah proses pembelajaran. Kesilapan masa lalu adalah guru yang paling bermakna untuk membentuk siapa kita pada masa akan datang”

Terkesan dengan cerita para gadis yang mengalami kemurungan kerana cinta. Ini nasihat hero malaya kepada korang.

“Jangan seksa diri sendiri kerana ia tidak menjadikan kita seseorang yang lebih baik. Stop doing that. Percaya kepada jalan Allah dan apa yang di susun oleh Allah untuk mendapat yang lebih baik,” katanya lagi.

via GIPHY

Mungkin kemuncak perhubungan tak berakhir seperti apa yang kita harapkan. Ia adalah sesuatu yang normal kalau korang ingin meratapi atau menangisi apa yang berlaku. Tapi ingat, korang kena bangun untuk kembali mendapatkan kehidupan yang lebih bahagia. Hidup ini terlalu sekejap untuk kita habiskan dengan menangisi seorang lelaki yang tidak ikhlas mencintai kita.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my