Serious?!

“Kalau nak dendam, dendam dengan saya. Jangan anak saya!” – Ibu Siti Masitah

Oleh  | 

TIADA siapa yang dapat menduga, orang yang telah membunuh Siti Masitah dengan kejam rupa-rupanya adalah kenalan keluarganya sendiri.

Tidak dapat menahan sebak, ibu kepada kanak-kanak malang itu iaitu Solihah Abdullah mengakui terkejut dengan berita yang disampaikan pihak polis. Mana tidaknya, suspek yang dikenali sebagai Assom itu selalu diberi layanan yang baik dan sudah dianggap sebagai adik sendiri.

“Kita layan dia baik, anggap macam adik sendiri. Dia balas kita macam itu pula. Betul-betul tak sangka dia buat begitu.”

Apabila ditanya tentang dendam yang dikatakan menjadi punca pembunuhan. Soliha sungguh tidak mengerti apakah yang dipendam oleh suspek sehingga membuatnya bertekad untuk membunuh Siti Masitah dalam keadaan yang begitu tragis.

“Demi Allah saya pun tak tahu tentang dendam ini. Marah pun tak ada. Bukannya ada masa nak jumpa dia sebab dia duduk di Pekan.

“Kalau datang pun, dia akan memancing sana. Bukan datang ke rumah.

“Kalau nak dendam, dendam dengan saya. Jangan dengan anak saya. Dia tak berdosa, tak salah apa. Jangan buat anak saya begitu,” katanya kepada pemberita.

BACA: Tragis! Dendam punca Masitah dibunuh saudara sendiri

Siti Masitah dilaporkan hilang setelah meminta RM1 dan menunggang basikal bersendirian untuk pergi ke kedai runcit berdekatan rumahnya pada 30 Januari lalu.

Setelah 11 hari Masyitah dilaporkan hilang, orang kampung telah meluaskan tempat pencarian sehingga ke ladang kelapa sawit. Teka-teki kehilangannya terungkai apabila orang kampung menemui mayatnya dalam keadaan tragis.

Mayat Masyitah ditemui mereput dengan kepala yang terpisah daripada badan. Bukan itu sahaja, tangan dan kakinya turut diikat dan organ dalamannya dikeluarkan daripada tubuh.

 

BACA: Ini 5 kes kanak-kanak dibunuh kejam yang menggemparkan negara!

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my