D-Life

Kalau nak umur mak kita panjang, kena buat…

Oleh  | 

CUBA berhenti bekerja sekejap dan fikir berapakah umur mak kita? Semakin kita membesar, usia ibu kita juga akan semakin meningkat. Kitaran sosial ibu kita pun dah tak ramai. Dia mungkin cuma ada anak-anak sahaja. Walaupun dia tak cakap, tapi kadang-kadang mesti dia rasa sunyi.

Jadi, apa kata korang telefon ibu dekat kampung untuk tanya keadaannya. Nak lagi best, korang rancanglah percutian untuk ibu korang. Menurut kajian yang dilakukan pengkaji dari Universiti of California, San Francisco menyatakan rasa sunyi sangat berkaitan apabila seseorang itu menginjak usia tua.

via GIPHY

Dalam sebuah kajian yang melibatkan 1,600 warga emas menunjukkan mereka yang berasa sunyi memiliki kadar kematian yang lebih tinggi walaupun mempunyai status kesihatan dan ekonomi yang baik.

Dalam satu kajian lain yang diterbitkan Journal of the American Medical Association mendedahkan warga emas yang memiliki hubungan sosial yang lemah akan cenderung untuk berada di tahap kesihatan yang rendah. Selain itu, mereka juga terdedah kepada penyakit keradangan, kurang imunasi badan dan menghadapi pola tidur tidak teratur.

via GIPHY

Jadi, berkawan dan mempunyai hubungan sosial yang baik sangat membantu ibu dan ayah kita untuk hidup lebih lama. Jadi, perbanyakkanlah aktiviti bersama-sama mereka kerana ia boleh menyelamatkan mereka.

Pergilah bercuti, bergambar dan kumpul segala memori bersama. Luangkan sedikit masa kepada mereka. Banyak pahala kita dapat tu!

Sumber: Optimal Positivity

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my