DhiaLova

Kalau orang dah tak sudi, buat apa nak merayu lagi!

Oleh  | 

DALAM perhubungan ni ada macam-macam perkara yang kita perlu tolerate dengan pasangan kita. Setakat ucap i love you, you love me sahaja tak cukup ladies! Kata- kata tu tak menjamin cinta pun sebenarnya. Perbuatan dan kata-kata perlu seiring untuk pastikan hubungan kita berjalan lancar seperti yang kita inginkan. Namun, tak semudah itu bila effort ni berjalan dari sebelah pihak sahaja.

Kita sebagai perempuan sememangnya terkenal dengan perangai overthinking. Kadang-kadang kita tak sedar akibat terlalu overthinking boleh membawa kita kepada penyakit paranoid. Jaga-jaga eh kalau dah sampai paranoid tu. Korang perlu sedar apa korang lakukan tak boleh terus kekal macam tu. Dalam pada masa sama tanpa sedar korang akan menyakiti hati orang lain dengan sikap korang tu.

Tapi dalam kes Maya ni boleh dikira nasi sudah menjadi bubur. Sebab perangai curiga dan overthinking Maya lah boleh jadi punca dia berpisah dengan kekasihnya. Mana taknya, kerana menyangka kekasihnya mempunyai skandal, dia sanggup menyerang kekasihnya hingga lelaki itu cedera jatuh tangga.

Overthink ni tak salah. Kadang-kadang kita perlu juga berfikir lebih tentang perkara yang berlaku pada kita. Tapi kalau tiap masa asyik nak overthink pun tak boleh juga. Selain menyakiti hati orang lain, kita juga takkan gembira dengan kehidupan kita bila asyik fikirkan kemungkinan yang belum berlaku pun sebenarnya.

Maya perlu terima kenyataan kesilapan yang dilakukan kali ini telah merosakkan perhubungannya bersama kekasih. No wonder lah dia ditinggalkan. Nak merayu sekarang pun tiada gunanya perkara dah berlaku. Sebaiknya Maya perlu baiki dirinya supaya tidak terlalu overthinking dan paranoid terhadap orang lain.

Maya perlu ingat yang pergi tu tak usah dirayu. Kita tak boleh tahan orang untuk kekal dan pergi dalam kehidupan kita. Sebuah perhubungan yang bermasalah boleh diumpakan seperti membela seekor zirafah yang dikurung dalam sangkar yang kecil. Sanggup ke kita tengok zirafah tu terseksa di dalam? Fikir-fikirkan.

Ini sedikit rentetan kisah Maya dalam episod 2 Dramatikool Cinta Gila. Kalau korang nak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada Maya korang boleh dengarkan di  podcast ais kacang okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my