Diri Dhia

Kalau tak nak cepat tua, ini 5 cara untuk tarik mood baik secara pantas

Oleh  | 

CELIK mata dari tidur, grumpy. Di tempat kerja, marah-marah. Balik ke rumah pun masih lagi moody. Sampaikan orang sekeliling korang menjauhkan diri daripada berinteraksi dengan korang.

Memang penting untuk menjaga perasaan sendiri. Bukan sebab apa, mood kita ni ada kaitan dengan kesihatan mental. Jadi sangatlah penting untuk korang fahami diri sendiri tu dulu.

Jangan sampai ketidakseimbangan mood korang tu memberi kesan negatif pada hubungan sekeliling ya! Untuk elakkan perkara sebegini berlaku, sis nak cadangkan 5 cara untuk korang improve mood korang tu dengan cepat.

Jumpa rakan lama

Cuba korang contact balik kawan-kawan lama korang. Ambil masa untuk jumpa sekejap dan kalau korang busy sangat pun, apa kata korang call je tanya khabar. Kadangkala bila korang keep in touch dengan kawan-kawan lama, korang akan automatik teringat balik pengalaman lama yang boleh menaikkan senyuman pada wajah tu!

via GIPHY

Beriadah 

Situasi yang korang hadapi setiap hari tu boleh menyebabkan korang moody dan rasa malas nak layan semua orang. Jadi apa kata korang pergi beriadah sekejap dengan pergi tengok cuaca atau permandangan sekeliling. Nikmati permandangan alam semula jadi dan korang mesti akan rasa lebih tenang!

via GIPHY

Meditasi atau yoga

Meditasi atau yoga merupakan salah satu cara untuk kekalkan mood korang positif. Jiwa akan menjadi lebih tenang. Lakukan senaman yoga tak kira lah yoga macam mana pun pasti akan berkesan! Terpulang pada korang sendiri untuk pergi ke kelas atau lakukan sendiri sahaja.

via GIPHY

Bersenam

Korang tahu tak, bersenam bukan setakat dapat membantu korang untuk membaiki kesihatan tubuh badan korang, malah mood korang pun akan bertambah baik! Jadi cuba jadikan sebagai rutin harian untuk korang kekal mood yang positif.

Short Escape

Kalau korang ada duit lebih, korang boleh tempah hotel atau pergi join aktiviti yang boleh menenangkan diri korang. Tak semestinya bercuti kena buat aktiviti sampai letihkan? Terpulang pada diri sendiri untuk korang nak buat apa!

via GIPHY

Sis harap article ni dapat membantu korang release sikit mood korang tu untuk bertambah baik! Kalau korang ada perasan rakan-rakan yang sering moody, share kan atrikel ni supaya dorang pun boleh happy!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my