Dhiaventure

Kalau tak nak ‘travel’ jahanam, kena buat itinerary sebelum…

Oleh  | 

Kalau dah namanya kaki travel, mestilah kita excited nak rancang percutian. Perancangan ini memang penting supaya masa travel nanti tak la terkontang-kanting dan tersadai dekat mana-mana. Bila dah rancang percutian, barulah kita boleh buat bajet dan perbelanjaan.

Tapi agak-gakanya, bilakah waktu terbaik untuk korang merancang percutian? Sebenarnya waktu yang ideal nak pergi bercuti ialah 6 bulan sebelum waktu korang bertolak. Ia termasuklah nak cari tiket penerbangan dengan promosi. Kalau dah buat perancangan awal-awal, korang boleh kaji lebih dalam lagi tempat-tempat yang korang nak pergi itu.

via GIPHY

Bukan hanya website dan media sosial sahaja tau. Kadangkala melalui pengalaman orang yang kita jumpa pun boleh diambil sebagai sumber. Tempat mana yang patut korang pergi, tempat mana yang patut dielakkan. Kalau korang bernasib baik, korang mungkin boleh pergi tempat yang tak ramai orang tahu.

Bila korang upload gambar tempat yang cantik tapi tak dikunjungi ramai orang, korang mungkin menjadi traveler pertama yang memperkenalkan tempat itu di mata dunia. Katakanlah korang nak pergi secara spontan. Tiba-tiba dah terbeli tiket, sis cadangkan korang rancangkan itinerary sebulan awal ya.

via GIPHY

Walaupun korang jenis yang random pergi bercuti. Perancangan tetap juga kena buat apalagi kalau destinasi yang korang pilih memerlukan korang tengok harga tiket pesawat dan penginapan. Sebab bila kita pergi secara spontan ini, kemungkinan untuk apa yang kita rancang tak menjadi iru sangat besar. Contohnya, tiba-tiba ada destinasi yang kita nak pergi sedang dalam proses baik pulih ataupun tak ada tempat penginapan yang kosong. Jadi, cubalah cari backup dekat mana tempat sesuai untuk korang duduk.

Baikah, itu sahaja yang sis boleh cadangkan untuk korang. Cuba roger sikit apakah destinasi yang korang nak pergi tahun ini?

via GIPHY

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my