D-Life

“Kalau tak reti hidup berjiran, duduk hutan!,” apa nak buat bila jiran macam gam****g?

Oleh  | 

RUMAH yang best ni bukan setakat dekorasi cantik dan hiasan yang kebabom sahaja. Perangai jiran pun sangat mempengaruhi keberadaan kita dalam sesuatu kawasan tu. Kalau  kita dengan jiran boleh kamcing, siap boleh minta tolong mereka kalau kita perlukan. Itu memang seronok. Barulah rasa teruja setiap kali nak balik.

Tapi kalau yang berlaku sebaliknya. Jiran kira asyik tak puas hati dan ada sahaja benda nak buat gaduh. Korang kena lakukan sesuatu.

via GIPHY

Kenalkan diri

Ha, mesti korang pernah dengar kan tak kenal maka tak cinta. Jadi apa yang sis boleh cadangkan ialah korang perkenalkan diri dekat jiran tetangga. Ala, sembang santai dan biasa pun okay. Tunjukkan yang korang terbuka hati nak mengenali mereka. Benda yang nampak simple macam ni pun sebenarnya boleh memberikan first impression yang baik kepada mereka.

Ajak lepak

Ha, ni pun okay. Korang boleh adakan makan-makan. Jemputlah jiran-jiran korang untuk sama-sama makan malam dekat rumah korang. Lepas tu tengoklah cerita lawak gelak sama-sama. Lepas ni kalau dia dengar korang gelak kuat-kuat. Dia fahamlah kenapa. Tak adalah dia nak maki korang, kan?

via GIPHY

Berhenti bergosip, kak bawang!

Tak kisahlah teruk macam mana pun keadaan jiran korang yang lain. Jangan pi mengumpat dia dekat jiran depan rumah pula. Ingat, benda tak akan selesai kalau korang jenis suka bawa cerita. Silap haribulan dia makan diri korang balik. Habis satu taman boikot korang sebab suka bawa mulut. Jadi lepas ni, kalau ada masalah atau tak puas hati, cakap depan muka diorang. Mana tahu rupanya ada sebab tertentu dia melakukan sesuatu perkara yang korang tak suka tu.

Tunjuk hormat

Harta benda ni memang hak milik masing-masing. Kalau tak nak harta benda korang digunakan sesuka hati. Korang tunjukkan hormat dekat jiran korang dengan meminta izin kalau nak pinjam barang. Kalau bukan barang, benda lain macam parking pun korang kena banyak bertimbang rasa. Jangan parking sesuka hati sehingga boleh menimbulkan perselisihan faham. Kalau kita hormat jiran kita, dia pun akan buat benda yang sama.

via GIPHY

Tulis surat pun okay

Dulu sis ada baca cerita seorang perempuan ni bergaduh dengan jiran sebelah sebab salah buang sampah. Jiran dia tengok muka dia pun menyampah. Apa lagi nak sembang. Jadi, dia pun tulis surat minta maaf dan bagi kacang gantung dekat pagar jiran dia. Benda tu menjadi. Mereka dah pun berbaik. Ala, semua sebab salah faham sahaja. Bukan benda besar pun. Jadi, kalau jiran korang sejenis tak nak pandang muka, boleh guna teknik tersebut.

Ha, ini antara sedikit sebanyak benda yang korang boleh cuba.Yelah, kalau rakam aksi jiran korang bergaduh tak akan menyelesaikan masalah. Benda boleh settle kalau kedua-duanya matang berbincang macam mana nak pulihkan keadaan, kan?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my