D-Life

Kalau taknak hadapi keburukkan ini, elak tidur ketika lapar!

Oleh  | 

TIDUR merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan badan sering merawat diri ketika kita tidur. Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk memastikan diri kita berada dalam keadaan selesa dan tenang untuk tidur.

Baru lah boleh mendapatka kualiti tidur yang secukupnya. Namun ramai manusia di luar sana yang tidak menyedari akan perkara ini. Sebagai contoh, ada yang diantara mereka yang rela untuk tidur dalam keadaan kelaparan. Itu tidak elok diamalkan ye.

via GIPHY

Atas disebabkan takut berat badan naik, ramai yang gemar untuk menahan lapar dan sanggup memilih tidur. Sedangkan apa yang patut dibetulkan adalah waktu makan yang betul.

Tahukah anda, ada beberapa kesan yang akan menyerang korang yang gemar tidur dalam keadaan kelaparan? Hari ini sis nak kongsikan kepada korang 5 perkara yang boleh berlaku pada tubuh kita kalau tidur dalam keadaan kelaparan.

Perkara pertama, tidur akan terganggu dan seterusnya akan menyebabkan wujudnya masalah tidur. Hal ini disebabkan rasa lapar itu akan tetap mengejutkan diri korang, maka kualiti tidur pun terganggu. Mula la badan menjadi lemak bila nak pergi kerja.

via GIPHY

Sleain daripada itu, korang juga akan menjadi seorang yang pemarah. Bukan itu sahaja, Kajian daripada University of Cambridge memberitahu tahap serotonin akan berubah ketika kita lapar dan otak pula menjadi sukar untuk mengawal perasaan marah!

via GIPHY

Yang paling jelas sekali adalah, korang akan berada dalam keadaan yang tidak bertenaga disebabkan tidur dalam kelaparan. Mengikut sumber, kesan kelaparan boleh menyebabkan kemurungan tau!

Jadi, apa kata korang amalkan pemakanan yang betul supaya dapat tidur yang berkualiti.

Sumber:Wanista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my