D-Life

Kalau tiket ‘flight’ mahal sangat, apalagi jom la “Road Trip”!

Oleh  | 

KALAU keinginan nak travel membuak-buak tapi tiket flight mahal yang amat. Jangan kecewa, apa kata korang try pula road trip atau kata lainnya, travel menggunakan jalan darat!

Memang ada pendapat yang cakap road trip ni sebenarnya menyusahkan lah, tak seronok lah. Tapi, tak semuanya benar. Ada juga sisi lain road trip yang best dan tak rugi kalau korang nak mencubanya.

via GIPHY

Berikut adalah antara senarai kelebihan road trip yang korang boleh pertimbangkan

Fleksibel

via GIPHY

Cerita dia, kalau korang yang drive, korang sendiri boleh tentukan bila nak gerak dan kawasan mana yang korang nak pergi. Benda ni korang tak boleh dapat kalau korang travel naik flight yang dah memang ada jadual penerbangan.

Pemandangan

via GIPHY

Benda yang untungnya kalau road trip ialah pemandangan yang bakal terpapar di ruang mata korang bukan kepalang cantiknya. Sepanjang perjalanan korang boleh melihat pemandangan yang indah macam pergunungan teh, pantai, matahari terbit atau bintang malam waktu travel melalui jalan darat.

Lebih jimat

Kalau korang pergi beramai-ramai dengan kawan. Bajet sepanjang percutian itu boleh dibahagikan bersama-sama. Ia termasuklah kos minyak, penginapan dan makanan.

Mengeratkan hubungan

via GIPHY

Road trip macam ni boleh mengeratkan lagi hubungan dengan kawan-kawan korang. Kalau selama ni korang lebih cenderung bermain telefon, apa kata jadikan road trip kali ini untuk berbual dengan kawan-kawan dan bertukar cerita setelah sekian lama tak jumpa.

Amacam? Ok tak? Cepat telefon kawan korang untuk road trip hujung minggu ni!

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my