Serious?!

“Kalaupun hubungan kita tak baik macam dulu, tapi…” dingin dengan Sheila, ini luahan hati Janna Nick

Oleh  | 

SEDIH mendengar hubungan antara pelakon Janna Nick dan Sheila Rusly yang dikatakan semakin dingin. Umum mengetahui betapa akrabnya hubungan mereka yang sudah dilihat sebagai ibu dan anak ini.

Semuanya bermula apabila Sheila memuat naik status di Instagramnya sebelum ini. Rata-rata menebak bahawa kapsyen seperti sindiran itu sebenarnya ditujukan kepada Janna Nick.

Namun, benarkah kapsyen sindiran yang dimuat naik ditujukan kepada pelantun lagu Akan Bercinta itu? Tidak pasti apa yang terjadi di antara mereka, namun Janna nampaknya tidak menolak hubungan mereka yang dikatakan semakin tegang.

 

View this post on Instagram

 

Kalau rasa nak tengok silakan..mungkin tak sehebat yg diharapkan dan tak semudah jugak untuk sis menyiapkan kerana tak semua jasa akan dikenang.. #leftenanzana #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Bercakap lebih tentang isu ini, Janna sendiri mengakui tidak tahu pucuk pangkal sehingga menyebabkan hubungan mereka menjadi retak. Pelakon utama Leftenan Zana itu bagaimana pun tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dengan harapan dapat menjernihkan keadaan.

“Semoga mereka maafkan saya. Kalaupun hubungan kita tak jadi baik macam dulu, tapi saya tak nak ada rasa dendam dan benci itu,

“Kalau kata hubungan kita terputus di dunia, semoga kita berjumpa di syurga dan saya tetap akan mendoakan mereka dalam doa saya,” katanya.

Ditanya adakah Janna sudah mengambil pendekatan untuk datang bersemuka dengan Sheila Rusly, Janna mengakui tersepit dengan keadaan dan risau jika kehadirannya akan mengeruhkan lagi keadaan. Maka, dia memilih untuk mengambil pendekatan berdiam diri.

Namun, aktres itu tidak menolak untuk saling bersemuka jika diberikan ruang oleh Sheila yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri.

Janna Nick merupakan pelakon yang banyak membintangi drama di bawah JS Pictures iaitu sebuah produksi Sheila dan suaminya, Jinggo.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my