Serious?!

“Kami bernasib baik,” mereka yang terselamat ceritakan detik pembunuhan tragedi Christchurch

Oleh  | 

PADA hari jumaat yang lalu, seorang lelaki bernama Amir Daud nampaknya sudah lewat ke masjid untuk Solat Jumaat. Dia dihantar oleh isterinya bernama Hina Amir ke masjid dalam keadaan terburu-buru.

Namun, ketika tiba diperkarangan masjid,  Hina  tiba-tiba berasa berat hati untuk membiarkan suaminya untuk masuk ke masjid.

“Isteri saya kata macam bunyi tembakan. Tapi saya tak percaya. Tak mungkin benda macam itu berlaku di Christchurch. Mungkin ada masalah elektrik,” ujar Daud.

Ketika Daud baru hendak melangkah meninggalkan kereta, tiba-tiba dia melihat orang ramai berlari keluar dari masjid. Isterinya, Hina menggerakkan kenderaan di sekeliling jalan berdekatan masjid sebelum ternampak seorang lelaki bersenjata keluar dari bangunan.

Waktu itulah dia melihat seorang lelaki muda ditembak di depan matanya.

FOTO: mintpressnews

Penyerang yang dikenali sebagai  Brenton Tarrant itu melepaskan  dua das tembakkan ke arah Daud.

“Saya tolak isteri saya ke bawah dan melindunginya. Satu tembakan tersasar ke tingkap manakala satu lagi mengenai dashboard kereta,”

Dengan menggunakan telapak tangan. Daud kemudian menekan pedal kereta dan melarikan diri ke rumah yang berdekatan.

Penghuni rumah berkenaan kemudian menjerit dan meminta Daud dan isterinya untuk bersembunyi di rumah mereka.

Dalam masa lima minit, penyerang tersebut telah membunuh kira-kira 12 orang di dalam masjid. Tarrant kemudian kembali ke kereta dan menukar senjata.

Dia kemudian masuk semula ke dalam masjid dan menembak sesiapa sahaja untuk memastikan tiada sesiapa pun yang masih hidup.

FOTO: axious.com

Setakat hari ini, 50 orang disahkan terkorban dalam kejadian tembakan rambang itu. Kerajaan New Zealand bagaimanapun berjanji akan membiayai keseluruhan kos pemakaman.

Perdana Menteri New Zealand melawat keluarga mangsa

Hari ini, perdana menteri New Zealand, Jacinda Ardern hadir dalam kerudung hitam dan memeluk ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan rambang itu.

FOTO: thenewsdaily.au

Tidak hanya itu, Arden turut melawat beberapa kawasan masyarakat Muslim. Beliau mendengar keluhan mereka dan memastikan keamanan masjid akan diperketatkan.

Dalam lawatannya, Arden sempat mengunjungi dua masjid yang terlibat dalam tragedi itu iaitu Masjid Al Noor dan Masijd Linwood.

Susulan dari tragedi itu, undang-undang senjata api di negara itu akan dipinda bagi mengelakkan perkara seumpama itu akan berulang kembali.

Sumber: Reuters

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my