D-Life

Kami tanya para gadis, ini rupanya barang yang mereka beli secara online!

Oleh  | 

BENDA yang sangat seronok kalau cerita tentang  online shopping ialah korang tak payah keluar rumah untuk beli barang yang cantik sebab semua ada dekat hujung jari. Lepas itu, pergi sahaja tengok dekat website dan bandingkan harga barang yang kita nak itu. Mana yang tawarkan harga lebih rendah, itulah yang kita rembat.

Generasi millennium adalah golongan yang selalu beli abrang atas talian. Cuba check dekat telefon masing-masing. Ada macam-macam apps jual beli barang online yang korang guna, kan? Bukan hanya harga dan masa sahaja yang mempengaruhi apa yang dibeli. Barang ‘nampak cantik’ pun penting juga untuk tarik perhatian generasi millennium.

Dhia ada tanya beberapa gadis tentang shopping online ini.  Agak-agaknya apa barang yang diorang selalu beli ya? Korang pun sama ke?

via GIPHY

Baju

Yes, girl! Korang mesti tak keruan kalau nampak model-model dekat Instagram pakai baju lawan-lawa, kan? Korang pun laju sahaja cari baju yang lebih kurag asalkan harga dia murah. Lepas itu bolehlah OOTD sebab nampak cantik bila korang pakai baju tersebut. Ada yang sampai belu baju tiga kali secara atas talian dalam tempoh sebulan. Ada juga yang sangat peka untuk tunggu diskaun supaya dapat beli dengan harga lebih murah.

via GIPHY

Aksesori

Tak hanya baju, aksesori pun penting nak lengkapkan penampilan. Takkan nak keluar ke pusat beli-belah semata-mata nak beli ikat rambut, anting-anting atau stoking. Waktu inilah kemunculan website atas talian ini penting sangat. Hanya tinggal nyatakan sahaja barang apa yang korang nak, lepas tu terus sampai depan rumah.

via GIPHY

Gajet

Sebagai generasi yang hidup dengan gajet. Sudah semestinya benda-benda sebegini sangat penting untuk meneruskan kehidupan. Seorang gadis bernama Erra mengakui tak boleh hidup tanpa earphone. Oleh sebab jadual harian yang sangat sibuk, maka dia akan beli secara atas talian.

via GIPHY

Kasut

Ada juga beberapa website yang sangat update koleksi kasut terkini. Bukan itu sahaja, ada juga yang dah tawarkan pre order awal-awal untuk kasut. Sebab itulah ada yang lebih suka go online kalau bab beli kasut. Cuma, korang kena betul-betul tahu saiz kasut yang ditawarkan. Sebab sangat sukar untuk korang tukar kalau dah salah beli.

via GIPHY

Makanan

Tak semua benda kita boleh dapat dekat kedai. Terutama kalau ia sangat terhad yang kena pesan dari luar negara. Sebab itu ada juga yang beli vitamin, biji kopi, coklat untuk buat kek yang ditempah khas dari luar negara. Mujur sekarang semua hujung jari. Tak payah tunggu stok sampai kat kedai.

via GIPHY

Ha, korang pun mesti ada beli barang yang macam sis senaraikan dekat atas ni kan? Agak-agak apa barang yang korang wajib beli secara online? Cuba komen kat bawah ini sikit.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my