D-Life

Kami terjah KL semata-mata nak tahu sarapan pilihan bangsa Malaysia!

Oleh  | 

KALAU sebelum ini korang pernah menonton sebuah video kemerdekaan yang dihasilkan oleh Hot FM bertajuk Big Malaysian Breakfast, confirm korang senyum sorang-sorang lepas tengok video tu sebab sangat meriah. Rupanya apa yang kita makan waktu sarapan adalah antara perkara yang kita kongsikan beramai-ramai walaupun berbeza bangsa dan budaya.

Setelah sis tengok video Hot FM, sis mula terfikir, apa agaknya makanan paling popular untuk bangsa Malaysia? Jadi, tanpa membuang masa, sis telah turun ke sekitar bandar Kuala Lumpur dan ‘intai’ sendiri apakah makanan yang selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Lebih terharu, ada juga yang duduk berlainan bangsa dan order makanan yang sarapan untuk meulakan hari mereka. Sangat Malaysia! Betul apa yang dikata, kita boleh bersatu di meja makan. Jadi, ini adalah antara makanan pilihan rakyat Malaysia untuk sarapan pagi.

Nasi Lemak

Pergilah mana-mana pun. Nasi Lemak akan selalu menjadi carta nombor satu sarapan pilihan rakyat Malaysia. Tak kiralah bangsa apapun, tiada siapa yang boleh berkata tidak dengan keenakkan sambal, ikan bilis, dan nasi berbau pandan di waktu pagi.

via GIPHY

Roti canai

‘Ane! roti satu’

Ini dia satu lagi makanan sarapan kegilaan ramai. Tak kisah la roti telur, roti boom, roti planta, roti sardin. Semunya dihasilkan dihasilkan dari tebaran roti. Rotinya yang rangup dan rapuh di mulut dinikmati bersama-sama kuah kari. Memang umph!

via GIPHY

Mi goreng

Bosan dengan kedua-dua menu di atas? ha ada juga yang memilih untuk memesan mi goreng sewaktu sarapan pagi. Mi yang manis dan masin dimakan bersama-sama telur goreng. Pergh, memang terangkat. Letak sikit sos supaya ada rasa pedas sikit. Memang padu.

FOTO: Murnidiscovery

Capati

Tak jauh beza dengan roti canai, Capati adalah pilihan sarapan terutama sekali untuk warga India. Namun, bangsa Melayu dan Cina juga tidak kurang menggilai makanan ini. Mana tidaknya, rotinya yang gebu gebas dimakan bersama-sama kuah dal memang membangkitkan selera di waktu pagi.

FOTO: Resepi Bonda

Pau

Ha, ada juga yang tak suka makan berat sangat di waktu pagi. Jadi, mereka akan go for something macam pau. Pau lembut yang dikukus berintikan kari, rendang, kaya atau kacang merah memang best gila kalau nak dimakan bersama-sama milo panas. Memang kena di mulut. Tak boleh dilupakan kesedapannya. Kebanyakkan pau berwarna putih, tapi ada juga yang berwarna-wani, maklum sahajalah zaman kan dah berubah. Gitu.

FOTO: Says

Hasil dari pemerhatian sis tempoh hari, nampaknya kita semua tak kisah untuk rasa apa-apa makanan walaupun berlainan bangsa. Kita tak pernah rasa nak benci apa-apa makanan walaupun bukan datang dari bangsa  yang sama. Jika kita boleh bersatu di meja makan, mengapa tidak bersatu di Twitter, di tempat awam, di tempat kerja, di dalam MRT, dan di atas jalan raya ?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my