Be-You-Ty

Kamu hanya perlu 27 minit sehari untuk ini!

Oleh  | 

CARA kamu bangun daripada tidur setiap pagi boleh mempengaruhi mood kamu seharian.

Untuk memastikan kamu mempunyai mood yang baik dan lebih bersemangat setiap hari, kamu hanya perlu meluangkan 27 minit setiap pagi bagi memastikan kamu berada dalam suasana positif dan bebas tekanan.

Ini antara perkara yang boleh dilakukan untuk menjadikan kamu lebih gembira menjalani hari-hari.

Latihan pernafasan

via GIPHY

Tekanan boleh menyebabkan faktor penyumbang kepada masalah kesihatan mental dan fizikal. Namun, kita boleh mengurangkan stres bermula daripada saat kamu bangun tidur. Kamu boleh lakukan ujian pernafasan  selama lima minit selepas bangun daripada tidur. Ia dapat mengurangkan kadar hormon stres kortisol dan membuat kamu lebih gembira.

3 perkara yang kamu syukuri

via GIPHY

Luangkan masa sekitar 2 minit setiap pagi untuk menuliskan tiga perkara yang kamu syukuri pagi ini. Ia akan melatih otak kita agar melihat sisi kebaikan setiap hari. Ia juga secara tidak langsung memprogramkan otak kita untuk sentiasa berfikiran positif seterusnya memaksimumkan potensi yang kita ada.

Pelajari perkara baharu

via GIPHY

Seterusnya, berikan diri kamu tempoh masa selama 20 minit untuk mempelajari perkara baharu. Jika kamu mempunyai rakan sepejabat yang bukan sebangsa dengan kamu, apa kata kamu belajar satu perkataan baru dalam bahasa asing. Manusia sentiasa mempunyai keinginan untuk belajar perkara baru secara psikologinya agar dapat membina rasa percaya kepada diri sendiri.

Dengan kesemua cara ini, kamu boleh memberikan aura yang sangat positif kepada diri kamu untuk menjalani hari-hari yang panjang. Selamat bekerja!

Sumber: Time

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my