Serious?!

Kanak-kanak lelaki kunci diri dalam kereta gara-gara…

Oleh  | 

ADUHAI, macam-macam ragam kanak-kanak zaman kini. Korang boleh bayangkan tak seorang ibu dikunci daripada luar kereta oleh anaknya hanya kerana anaknya ingin bermain game dengan tenang? Haa, ini yang berlaku kepada seorang ibu di Pasir Mas, Kelantan.

Seorang ibu dikunci daripada luar kereta oleh anaknya kerana anaknya ingin bermain telefon bimbit ibunya dengan tenang. Oleh kerana telefon bimbit diambil oleh ibunya, kanak-kanak itu dengan beraninya menguncikan diri di dalam kereta Perodua Axia tanpa mempedulikan ibunya yang berada di luar.

Foto: Facebook

Tindakan kanak-kanak itu telah membimbangkan ibunya sehingga mereka mengambil keputusan untuk menghubungi pihak bomba untuk mengeluarkan kanak-kanak itu daripada kereta. Ibu kanak-kanak itu berasa bimbang kerana anaknya menguncikan diri di dalam kereta dalam tempoh yang sama.

Foto: Facebook

Kejadian ini dikongsi sendiri di Facebook oleh bapanya. Menerusi gambar yang telah dikongsi, kelihatan kanak-kanak itu tidak menghiraukan kehadiran bomba yang datang untuk mengeluarkannya.

Foto: Facebook

Macam-macam ragam kanak-kanak zaman kini kan? Mungkin kanak-kanak ini sudah dibiasakan bermain gajet sejak kecil lagi. Sebab itu lah nampak susah nak berenggang dengan gajet sampai sanggup kunci diri dalam kereta. Ish, ish bahaya tau sebenarnya. Pada peringkat umur seperti ini, kanak-kanak tidak digalakkan bermain gajet kerana dikhuatiri akan membantutkan tumbesaran.

Lagipun biarkan kanak-kanak melalui fasa tumbesaran mereka dengan perkara-perkara yang sepatutnya kerana mereka masih lagi berada dalam fasa mempelajari sesuatu perkara. So jangan terlalu memberi pengaruh yang kurang elok kepada mereka okay? 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my