Serious?!

Kantoi ada pekerja tak senonoh kencing kat dapur, restoran diarah tutup!

Oleh  | 

BILA bercakap soal makanan, sudah tentu kita amat teliti tentang kebersihan makanan yang kita nak bawa masuk dalam perut. Tak ada sesiapa pun dalam dunia ini yang nak beli makanan tapi tersadai dekat katil hospital lepas makan itu dihadam.

Ini ada satu cerita tak senonoh apabila kantoi seorang pekerja sebuah restoran kencing dekat bahagian dapur. Aksi itu dirakam oleh pelanggan yang sedang menunggu untuk drive-thru ketika insiden itu berlaku.

FOTO: metro.co.uk

Terkejut dengan apa yang dilihat, pemuda yang dikenali sebagau Robert itu terus merakam aksi itu bagi memberi bukti kepada orang ramai terhadap sistem kebersihan restoran itu.

“Saya suka restoran ini. Tapi lepas apa yang jadi saya tak rasa akan datang kesini lagi,”

Video klip itu kemudian menjadi viral dan ditonton sehingga 70,000 kali sebelum ia dipadam.

FOTO: KSL 5 TV

Jabatan Kesihatan Mexico telah menghantar notis penutupan setelah video tersebut menjadi tular. Seluruh restoran kini dibersihkan dan Biro Perlindungan Makanan juga akan melakukan pengesahan latihan pekerja di restoran itu.

Ergh, loya tekak baca cerita ini!

Sumber: Metro.co.uk

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my