D-Life

Kantoi! ini alasan yang selalu diguna bila lambat datang kelas

Oleh  | 

KALAU dah namanya student, memang panjanglah akal masing-masing. Ada sahaja perangai nakal yang dilakukan waktu zaman belajar. Sebab waktu inilah kita bebas memilih haluan dan cara hidup kita masing-masing.

Ramai yang cakap zaman belajar adalah waktu yang sangat seronok sebab kita tak terikat dengan  banyak komitmen yang selalu dilakukan oleh mereka yang sudah bekerja. Kita masih boleh melancong atau cari duit tepi waktu cuti semester. Ada juga yang jenis buat  last minute assignment atau  ponteng kelas sesuka hati. Sebab bila dah masuk alam kerjaya ini, mana boleh ponteng atau lambat buat kerja. Masak kamu ditengking bos nanti.

Mesti kamu pernah berhadapan dengan situasi masuk kelas lambat. Selepas itu mulalah ligat kepala fikir apa agaknya alasan nak bagi dekat pensyarah. Jom kita senaraikan sikit apa agaknya alasan yang selalu student buat tiap kali lambat ke kelas. Siapa yang pernah bagi alasan ini mengaku cepat!

Bangun lambat

via GIPHY

Ini memang alasan paling win abad ini. Rasanya semua pernah guna alasan ini kalau masuk kelas lambat. Kalau yang tidak suka bangun pagi, mereka seboleh-bolehnya berharap mereka tidak akan dapat kuliah sesi pagi.

Hujan

via GIPHY

Ini yang selalu digunakan juga oleh student. Nak lagi kalau kamu jenis pejalan kaki atau naik motor. Aku hendak menunggu hujan reda terlebih dahulu maka itulah sebabnya kamu tiba lambat ke kelas. Tapi kalau hari itu cerah sahaja tapi kamu tetap bagi alasan yang sama, memang kamu sengaja cari nahas.

Terkunci dalam bilik

via GIPHY

Ha! Sesiapa yang duduk hostel atau kolej kediaman tu mesti tahu sangat insiden ini. Bila kawan sebilik kamu jenis suka pinjam kunci. Tiba-tiba pula dia lupa nak berikan kamu semula kunci yang dipinjamnya dan terus tingalkan kamu di dalam bilik seorangan. Kamu pun harus menunggu setengah jam untuk dia kembali ke rumah dan bantu kamu buka kunci.

Teksi lambat

via GIPHY

Ada juga sejenis datang kelas guna teksi atau grab. Namun, itu juga boleh menjadi alasan kenapa seseorang itu tiba lambat ke kelas. Teksi kena rampas dengan orang la, grab tak jumpa jalan la. Haih, macam-macam.

Senggugut

via GIPHY

Ha kalau perempuan tu mulalah senggugut la. Tak enak badan la. Macam-macam ada. Macamlah kita tak tahu kamu lambat ke kelas sebab sibuk betulkan kening yang tersalah lukis itu.

Semua yang di atas ini memang kelakar bila dikenang di hari muka. Tapi jaga-jaga. Jangan sampai kamu mengecewakan atau membuat hati pensyarah terguris dengan tindakan kamu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my